BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Jumaat, Julai 23, 2010

ANAK TERKUNCI DI PETRONAS

Semalam 1810 sewaktu isi minyak kereta di stesen petronas kat rumah berlaku insiden kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta proton Gen2 putih.  Sy agak umur kanak-kanak tu 2 tahun lebih.  Pam kami bersebelahan. 

Enjin kereta masih hidup.  Bapa dia dok ketuk2 cermin bg isyarat suruh anaknya buka tingkap ...unlock pintu.  Cermin tinted.. Sy kira anaknya tak dgr.  Nasib baik tak nangis.  Kemudian lelaki tu ke kaunter bawa pembaris besi nak cangkuk tepi pintu...dah mcm McGyver lak. 

Sepatutnya patuhi arahan stesen minyak...matikan enjin kereta.  Ingatan buat diri usah tinggalkan anak keseorangan dlm kereta.  Bahaya... banyak kemungkinan.

Selasa, Julai 20, 2010

ARNAB TAK KE PASAR TANI

Lama dah arnab tak jenguk ke pasar tani...payah nak set up gerai sebab hubby outstation di Kedah.. Nak set up sendiri canopy tu beratnya. Kesian lak tinggal anak-anak di rumah.  So niaga di mudah.com.my je.

Sedang tolong Persatuan Taska Negeri Selangor buat jemputan media sempena konvensyen ke-2 yg bakal diadakan di SUK, Shah Alam pd 24 July.  Malangnya sambutan utk publisiti media kurang memberangsangkan.  TV station langsung takde respond.  Maybe media gerun dgn Selangor.  Nak minta Eera dtg bg hadiah...apparence je RM7K .. Terus presiden kata tak payah...mana ada duit persatuan kan NGO.

Cerita lak pasal kecurian di kawasan perumahan...baru-baru ni Jalan Cemara 7 khabarnya dimasuki perompak siang hari.  Dah kerap sgt kawasan Saujana Utama ni berlaku rompakan...buah nangka yg ditanam depan rumah pun kena kebas dgn sarung sekali...  Padahal belum masak pun...  Alahai Pencuri...