BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Isnin, Disember 20, 2010

RAGUT DEKAT TASKA

Ahad 19, petang sy menyaksikan kejadian ragut. 2 gadis yg jalan lemah lembut sambil berbual2 leka  & membawa bungkusan makanan.  Tak ambil kisah sgt sbb sedang menanam pokok kari & cili api tepi pagar belakang taska. 

Kemudian lalu 2 mat rider bawa motor warna hijau terang/muda tanpa memakai helmet.  Mungkin RXZ. Sy ingat mereka penduduk Saujana Utama sbb kebiasaannya penunggang motorsikal di kawasan perumahan ni jarang mematuhi undang2.  Malah ramai ibu bapa spt menggalakkan anak2 remaja mrk memandu motor & pastinya mrk tiada lesen memandu.

Tiba2 je dengar 2 gadis tadi terpekik menjerit...tolong2... Ya lah nak kejar tak terdaya.  2 pemuda tadi tersenyum tanpa memecut motor laju2 mrk melambai tangan & berkata   Bye2   kpd 2 gadis tadi...tanda gembira dah dpt habuan...  Nasib baik handphone gadis tu di genggaman tangan.

Sy pasti peragut tu mengekori gadis2 tu kerana tahu sebaik ragut mrk senang membelok motor ke jalan utama. Gadis tu teresak menangis sambil menelefon... Biasanya ada anggota Rela berbayar meronda di sekitar jalan tu...tp semasa kejadian peronda Rela tu mungkin sdg meronda di jalan lain.

Tu sbb sy selalu pesan diri sdr...jgn bawa cash money guna handbeg.  Td pagi sy nampak gadis yg kena ragut tu bawa beg sandang besar pergi kerja..

Sabtu, Disember 11, 2010

BELAJAR CPR

5 Disember, Attending course pertolongan cemas di Persatuan Taska Negeri Selangor. Syok..sbb penceramahnya En. Chellapan. Hebat beliau walaupun dah berusia 62 tahun.  Tak kering gusi dgn gelak tawa dek usikan beliau yg penuh santun.

Jika anak tersadung, tercalar & ada lebam berwarna merah, tuam dgn tuala berais. Api yg marak membakar jgn disiram air nanti bertambah tinggi maraknya. Tutup je dgn kain basah.

Belajar cara mengikat anduh, CPR & kanak2 tercekik. Dah faham camna yg dikatakan nafas terhenti. Reti gak buat CPR & hopefully blh selamatkan nyawa sesiapa jk berlaku kecemasan.

Apabila nafas terhenti 3 organ ini gagal berfungsi, bermula paru2 yg menyedut oxygen, kedua organ jantung mengepam darah/oxygen & ketiga otak.

Lain kali nak ajak hubby join spy faham ilmu CPR.

OPERASI TASKA

Jangka next year taska boleh operasi. Masih tahap permohonan tukar premis di jabatan perancang. Tp sy lihat ada taska baru muncul berani gantung banner. Jarak antara taska lain cuma beberapa meter je. Camna tu .. Ikut peraturan atau main redah je.  Tak mau pertikai apa org lain buat...sbb yg pasti dah byk modal RM mengalir. 

Sebelum sy sewa rumah taska, planner kata jarak radius antara 500meter. Sy juga dinasihat oleh pegawai JKM Kuala Selangor untuk memastikan rumah tu benar2 berada pada radius sepatutnya.

Hired planner buat drawing then submitted to MDKS for approval. Pesan beliau jangan buat apa2 pun di luar bahagian rumah. Akur nasihat walaupun risau sbb tinggal 3 minggu je lg ke tahun 2011 sy tutup sementara aktiviti membersihkan taska.

Apa2 pun tawakal je. Terima kasih pd anak2 & suami yg bantu kemas, lap, mop, cuci, potong pokok2, buang rumput, bakar sampah & cat dalaman rumah. Penat fizikal. Anak bongsu pun seronok main air.  Mengecat aktiviti yg anak2 paling suka...enjoy.  Lepas tu belanja makan KFC.

Doakan kejayaan mama.

Ikut laluan betul memang mencabar.  Sbb tu ramai pengusaha taska yg beroperasi tanpa lesen.  Tu belum berdepan dgn masalah mengupah tenaga pekerja.  Mengimbangi aliran wang tunai positif & negatif paling memeritkan sbb profit tak byk sgt kecuali usahawan taska buka byk cawangan ataupun ada tadika, sekolah agama & pusat jagaan termasuk transport.  Baru betul2 success.