BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Isnin, Mei 23, 2011

CERITA ANAK YANG SAKIT & ICU

Jumaat 20 May..., semasa pemeriksaan ujian darah anak kesayangan Atikah di klinik saya dikhabarkan darah putih Atikah terlampau tinggi 7. ... Atikah demam dah berlarutan 2 minggu.  Doktor kata kemungkinan leukimia...Ya Allah...  

Doktor minta ke hospital malam tu gak untuk rawatan lanjut.  Sy kata esok boleh sbb suami di Alor Setar..  Berita ni sy khabarkan pd suami...menangis suami ... Malam tu gak dia pandu balik..tp kerana terlalu mengantuk dia tidur di Tanjung Malim.


Pagi Sabtu kami ke Pusat Perubatan Universiti Malaya... Atikah jalani pemeriksaan ujian darah, XRay & air kencing..  Doktor periksa badan pastikan ia bukan denggi.  Keputusannya Doktor kata ok bacaan darah putih cuma 5 je.  Syukur... tak terucap. 


Balik rumah...anak sy Arif khabarkan kawan sekelasnya Zarif Zaquan, kemalangan & sekarang  di ICU Hospital Sg. Buloh.  Sebak menangis sy ...sbb rasanya baru jumpa Zarif datang rumah buat projek sekolah dgn Arif.  Zarif dilanggar ketika berbasikal semasa nak pergi solat kat Masjid Saujana Utama.  Anak kata beg sekolah & botol minuman Zarif bertabur di jalan raya.


Zarif ialah anak tunggal Shamsul Kamal, jurukamera Astro yg pernah ditahan di Gaza.  Shamsul pernah cerita dgn sy anak2 lain gugur dlm kandungan.  


Tu lah sy selalu pesan anak2 hati2 semasa berbasikal sbb pemandu kereta/kenderaan di Saujana Utama ni macam Formula One.  Memandu memang laju...pentingkan diri sendiri.  Kadang2 tu jalan sehala pun tak diendahkan...langgar je undang2.  Bila langgar ..salahkan budak sekolah.  











 

Rabu, Mei 04, 2011

PERCUTIAN MARINA WATER PARK



Jalan-jalan melancong memang menyeronokkan....sy suka tengok anak2 gembira main air.  Cuti hari pekerja kami sekeluarga ke Marina Water Park, Teluk Batik, Perak.  Menginap di pekan Sitiawan...Hotel Flamingo.

Marina Water Park ni....keluasan biasa2 je...tiket masuk dewasa RM8, kanak2 RM5.  Air laut yg disedut masuk ke kolam renang.