BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Isnin, Mei 23, 2011

CERITA ANAK YANG SAKIT & ICU

Jumaat 20 May..., semasa pemeriksaan ujian darah anak kesayangan Atikah di klinik saya dikhabarkan darah putih Atikah terlampau tinggi 7. ... Atikah demam dah berlarutan 2 minggu.  Doktor kata kemungkinan leukimia...Ya Allah...  

Doktor minta ke hospital malam tu gak untuk rawatan lanjut.  Sy kata esok boleh sbb suami di Alor Setar..  Berita ni sy khabarkan pd suami...menangis suami ... Malam tu gak dia pandu balik..tp kerana terlalu mengantuk dia tidur di Tanjung Malim.


Pagi Sabtu kami ke Pusat Perubatan Universiti Malaya... Atikah jalani pemeriksaan ujian darah, XRay & air kencing..  Doktor periksa badan pastikan ia bukan denggi.  Keputusannya Doktor kata ok bacaan darah putih cuma 5 je.  Syukur... tak terucap. 


Balik rumah...anak sy Arif khabarkan kawan sekelasnya Zarif Zaquan, kemalangan & sekarang  di ICU Hospital Sg. Buloh.  Sebak menangis sy ...sbb rasanya baru jumpa Zarif datang rumah buat projek sekolah dgn Arif.  Zarif dilanggar ketika berbasikal semasa nak pergi solat kat Masjid Saujana Utama.  Anak kata beg sekolah & botol minuman Zarif bertabur di jalan raya.


Zarif ialah anak tunggal Shamsul Kamal, jurukamera Astro yg pernah ditahan di Gaza.  Shamsul pernah cerita dgn sy anak2 lain gugur dlm kandungan.  


Tu lah sy selalu pesan anak2 hati2 semasa berbasikal sbb pemandu kereta/kenderaan di Saujana Utama ni macam Formula One.  Memandu memang laju...pentingkan diri sendiri.  Kadang2 tu jalan sehala pun tak diendahkan...langgar je undang2.  Bila langgar ..salahkan budak sekolah.  











 

Rabu, Mei 04, 2011

PERCUTIAN MARINA WATER PARK



Jalan-jalan melancong memang menyeronokkan....sy suka tengok anak2 gembira main air.  Cuti hari pekerja kami sekeluarga ke Marina Water Park, Teluk Batik, Perak.  Menginap di pekan Sitiawan...Hotel Flamingo.

Marina Water Park ni....keluasan biasa2 je...tiket masuk dewasa RM8, kanak2 RM5.  Air laut yg disedut masuk ke kolam renang. 

Ahad, April 24, 2011

OFFER KERJA

2 minggu lepas saya baru tolak tawaran kerja penolong pengarah (freelance) utk program Master Chef siaran Astro daripada pengarah, Lim Su Jin, rakan lama yg saya kenali.  Su Jin kata 6 bulan je kita berkampung di Bukit Rimau, Shah Alam.

Saya kata takut kerja dgn Eksekutif Producer Joe, perempuan cina yg suka maki org....kita tanya elok2 pun dia marah2.   Daripada asyik kena maki lebih baik dok rumah...aman.  Saya kata pd Su Jin...sorry no thanks...seram nak kerja dgn Joe.

Yang terbaru Khamis 21 April ...Azman anak saudara CEO TV Alhijrah called nak recommend kerja penerbitan....masih fikir nak hantar resume ke tidak....

Jika saya terima kerjaya makan gaji dalam dunia penyiaran tv ibarat rutin lama di TV3 yang saya tinggalkan 6 tahun lalu.  Kena kembali buat pre penerbitan, menerbitkan program tv hinggalah menjaga rating & ratio dengan sponsor client.  Semua tu memeningkan & akan buat saya migrain semula.  


Namun jika saya lepaskan peluang ni saya kadangkala rindu mengasah kepakaran sbb dunia penyiaran ada glamour.   Cuma sayang rindu nak tinggalkan anak2...terutama anak bongsu Aqil.  Kesian anak2....tp masalah RM juga mengongkong kehidupan sbb sy baru je bg free taska pd nanny...so kena cari RM baru utk ganti kerugian....  Risiko perniagaan macam tu lah.


Jika offer ni macam freelance producer saya grab tp nak jadi staf sepenuh masa tu....jarak lokasi stesen 50km dari kediaman...jauh sgt.  Suami tak galakkan sbb dia lebih suka saya di rumah.


Belum send resume sbb masih fikir....

Khamis, April 21, 2011

TASKA PERCUMA

Khamis 21 April 11 sy melepaskan premis taska yg diusahakan kepada pengasuh.  Dah usaha cari pembeli tapi sebab ada 5 kanak-kanak je...buyer takut nak invest kot.

Malas nak fikir bagi free je kat Kak Yah.  Dia pun kena halau tuan rumahnya...mesti pindah Sabtu ni....so sy tak larat nak usaha modal habis  RM31 ribu..  Suami kata jika kita dah usaha & tawakal tp qada & qadar menentukan...redha je la...jangan tangisi RM31 ribu tu...boleh diganti.

Paling sedih anak-anak sy....nangis mereka kenang usaha sy yg tak berbaloi.  Ingat boleh maju macam taska orang lain yg penuh kanak-kanak. 

Awalnya sy hand over free je pd Noni.  Mulanya Noni ok nak try dari May - June...tp bila Kak Yah kata dia tak mahu kerja dgn Noni & nak berhenti....sakit la konon....terus Noni tawar hati...  Yg jd mangsa ...sy, kena fikir siapa la nak ambil alih....Ya Allah pening...sakit mental jiwa.

Malas nak bayar rental RM1K setiap bulan...& bayar gaji Kak Yah RM500 & kos belanja makan kanak-kanak....baik bagi pd Kak Yah.  Setakat ni sy perlu keluar duit nak bayar gaji Kak Yah je...tp malas nak susah-susahkan jiwa....maybe ni bukan bidang kepakaran sy.

Agreement dgn owner rumah pun menyusahkan nak kena tunggu 2 tahun 7 bulan lagi baru boleh dpt deposit RM3 ribu... tu pun jika condition rumah taska ok.

Kak Yah sekeluarga akan pindah taska Sabtu 23 April ni... Hari ni semua anak Kak Yah dah berkampung di taska.  

 







 

Sabtu, Mac 05, 2011

PUSAT TAHFIZ AZ-ZAHRAH

Anak2 Tahfiz Az Zaharah di Taska Cantik Manja
Syukur Alhamdulliah ....Khamis 3 Mac 11 bersamaan 28 Rabiul Awal 1432H anak2 Tahfiz Az Zahrah, Sg. Buloh Selangor memenuhi ruang tamu di Taska Cantik Manja.  

Pusat Tahfiz Az Zahrah diusahakan oleh Ustaz Agil (019-3033362) bersama anaknya Ustaz Dailami (012-2588371)  menerima anak2 yatim piatu & miskin sahaja. 

Kebetulan rakan sekerja suami yg juga dari RTM, Imam Masjid An Nur hadir di majlis ni.  Tn. Mejar Mohammad Yusoff Abdullah juga jurunikah di Saujana Utama.  Beliau sy kenali hampir 2 dekad lalu.  

Penuh keinsafan & rasa rendah diri buat sy bila mana seramai 75 anak2 Tahfiz Az Zaharah ni ingin datang ke taska.  Awal perjanjian suami dgn Ustaz Agil & Ustaz Dailani ....cuma 30 anak2 yg akan hadir tp...malam tu semua anak2 teruja nak ke majlis ni.  

Panik gak sy sbb ni la pertama kali menganjurkan majlis di taska.  Sy masak sdr & paling terkilan makanan tak cukup.  Yalah...di luar jangkaan sy masak cuma utk 60 tetamu tp yg hadir hampir 100 org.  

Tn. Mejar ....Imam Masjid An Nur, Saujana Utama (songkok putih)
Tp Ustaz Agil kata itulah yg molek sbb inilah kebesaran Allah Taala & tiada pembaziran makanan  & juga rezeki kami sbb semua anak2 Tahfiz berebut nak dtg.  


2 kali solat Isyak di taska,  diperdengarkan 30 juzuk Al Quran & bacaan yassin... Solat hajat mereka lakukan di pusat tahfiz. 


Doa sy semoga majlis mendapat keberkatan  & memberi keinsafan berlarutan dlm diri sy sekeluarga. Kepada yg tak dpt makan sy sekeluarga mohon maaf... 

Isnin, Februari 28, 2011

Anggora RM60

Awal tahun 2011 permulaan yg baik bg penjualan arnab....setakat ni RM1192..
merangsangkan berbanding perniagaan taska.  Arnab Anggora sgt diminati sbb sy jual murah je...RM60.  

Minggu lepas sykt Yew Lai tempat sy beli pallet arnab Bengy called tanya Anggora...  sy kata dah habis kena tunggu lg 2 bulan.  

Jual apa saja dari arnab hidup ....serunding arnab, re-use cage, najis/baja arnab pun jiran beli untuk kebunnya di Kuang.

Ahad, Februari 20, 2011

PASAR BORONG KLANG

Syok ke pasar borong Klang....letaknya di Bazaar Rakyat.  Dah 2 kali ke situ membeli barang keperluan taska.  Jimat belanja beli ikan, ayam, buah-buahan dll. 

Murah la dari pasar tani Saujana Utama.  Now dah tau pasar borong Klang semestinya tiap2 minggu ke situ.  Barangan yg dibeli selalunya sy bersihkan & masuk dlm tupperware then simpan dlm freezer utk memudahkan tukang masak taska...Kak Yah.

Kak Yah started kerja dgn taska sy 10 Feb lalu....kesian dia kesempitan duit.  Kak Yah minta advance salary ....sy pun bagi je la.  Adanya dia di taska memudahkan pergerakan sy menghantar/mengambil anak2 sekolah...& sy blh pulang sekejap2 ke rumah.

Memandangkan sy cuma ada seorang je kanak2 utk diasuh...Kak Yah biasa datang 8 pagi & pulang 3 petang.   Sarapan sy buat....dia cuma masak lunch je.