BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Sabtu, Oktober 31, 2009

DUNIA KANAK-KANAK

Tetamu setia yg juga merangkap sukarelawan, Erea suka datang bertamu ke taman mini kami.  Sy tanya Erea kenapa suka dtg rumah sy sedangkan dia ada 2 arnab anggora berbulu lebat & cantik....katanya "sini byk arnab". 

Erea, anak penerbit di Media Prima suka bantu anak sy promosikan taman mini kami.  Dia tulis iklan then photocopy kemudian diedarkan kpd kawan sekolah.  Lagi seorang Reza, ibunya majistret.  Reza juga photocopy iklan sdr.



Anak2 ni walaupun usia muda semangat persahabatan begitu murni & ikhlas.  Tiada balasan yg diminta cuma kegembiraan.  Kasih sayang yg dipamerkan pd haiwan juga jujur....tiada agenda tersembunyi.

Dalam dunia org dewasa lazimnya sipemberi mengharapkan balasan penerima.  Nak job kena melobi, realitinya pasang aircond berbanding kipas tangan asalkan impian terlaksana....lakonan & plastik sgt.

Isnin, Oktober 26, 2009

TAMAN MINI ARNAB

2 bulan lalu suami buat taman mini seluas 2x4m di pokok mangga.  Wlwpun tak hebat cukup gembira tengok arnab berehat jd tak payah bersusah2 menangkap mrk di laman rumah.

Pd anak2 sy ceritakan idea nak tambah income ...dgn bantuan rakan sekolah, anak2 tulis iklan lalu di photocopy & diedar kpd rakan sekolah.    Jemput rakan2 melawat tmn mini arnab di rumah & byran RM1 jk bermain arnab sambil beri makan sayur.

Ada la kawan anak2 dtg melawat taman mini kami.  Gembira sungguh anak2 dpt tambah duit poket.  Ada juga kami bg masuk free.   Ya lah mrk tu kanak2 yg suka kan arnab.  Macam2 soalan mrk tanya sy....arnab gigit ke, mcm mana nak pegang arnab..sambil tu sy juga dpt mengenali kawan anak2 sy.


Niat sy jk ada rezeki nak besarkan tmn mini kami.

Khamis, Oktober 22, 2009

PEMASARAN

Dlm perniagaan perlu ada strategi pemasaran... nak usahakan sesuatu mesti tahu market. Ternak arnab secara kecil-kecil pun kena study...buat rekod kelahiran & penyata aliran kewangan spy pelaburan tak merugikan.

Semalam jiran dtg belikan 2 ekor arnab usia 1 bulan utk rakannya. Semua kelengkapan arnab dibeli di Jln Pasar, murah katanya.

Teringin besarkan penternakan arnab tp keluasan rumah tak mengizinkan. Tanah di kg ada cuma tak tau nak buat projek apa. Sedang buat kajian siapkan proposal rancangan perniagaan tubuhkan syarikat ...perlukan modal RM150K.

Tengok projek ikan keli byk artikel yg krg merangsang...tambah pula ada bbp jiran setaman yg bela dah tutup kanvas. Masa hobi sy bela ikan hiasan dlm aquarium dulu pun asyik meninggal dunia je... syukur dgn arnab serasi.

http://www.rurallink.gov.my/inisiative#
Laman ni sy jumpa masa nak buat RP...menawarkan kursus free kpd usahawan/peniaga luar bandar.

Khamis, Oktober 15, 2009