BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Selasa, Julai 28, 2009

SAYUR SEGAR DARI KEBUN


Kesibukan menyediakan sample biskut raya mengurangkan masa bersama 5 anak Cocoa Butter yang lahir 21 Julai lalu. Seronok pula lihat telatah anak-anak saya yang begitu teruja menjual biskut raya yang saya packing kepada rakan mereka.

Selain itu rancangan menyiapkan kertas kerja program sitcom terbaru untuk Astro Mustika bersama pengarah, koordinator & penulis skrip tetap diteruskan sekalipun dana finance yang ingin melabur dalam projek ini tarik diri.

Cerita pasal arnab pula,
dah 3 kali dapat makan sayur segar terus dari kebun. Suami bertemu Azmi, pengusaha kebun sayur yang letaknya 2 km dari kediaman kami Saujana Utama. Kami minta pertukaran tinja/najis arnab dengan sayur-sayuran beliau. Beliau setuju dan kami gembira. Arnab pun selera makan sayur segar... laju je. Kurang la sikit budget beli lobak merah.

Tinja arnab pun tak la melambak di rumah. 3 hari sekali saya kumpul & bila suami pulang dari outstation dia hantar ke kebun sayur. Menurut Azmi yang merupakan bekas penuntut jurusan pertanian, sayur lebih subur dengan baja asli. Antara sayur yang diberi ialah timun, bayam merah, bayam hijau, sawi & kangkung.

Kata suami, Azmi seorang anak muda yang gigih mengusahakan tamanan di tanah yang disewa daripada PBT Kuala Selangor. Berusia lewat 20an sanggup berpanas terik sambil ditemani beberapa pekerja Indonesianya. Malam pun hanya ditemani cahaya lilin. Kebunnya berpagar & dikawal beberapa ekor anjing sebab pekerjanya pernah mengalami kejadian rompakan pada malam hari.

Ahad, Julai 12, 2009

SAMBUT BABY BARU

12 Julai, proses kelahiran bayi mummy Oren kali kedua...wah seronok bertambah arnab. Patutlah semalam bila dilepaskan di halaman mummy sibuk kumpul rumput & letakkan sebelah almari kasut. Malam tadi suami tak perasan mummy terlepas. Pagi ni bangun tengok perut kempit, dah agak mesti ada baby sebelah almari.

Lapik t'shirt lepas tu kutip rumput & bulu mummy masukkan dalam raga plastik. Ambil baby masuk dalam sangkar.

Menjaga & mengurus arnab tak lah remeh. Pagi bersihkan sangkar, tambah air masak lepas tu bagi mereka makan pellet, lobak merah atau bayam. Sambil tu lepaskan mereka sebentar.

 


13 Julai, tadi petang kawan suami & isterinya datang beli 2 arnab untuk hadiah harijadi ibu mentua. Semua duit hasil jualan arnab saya bahagikan buat anak-anak. Harap anak-anak seronok bisnes & menabung.





Sabtu 11 Julai, saya ajak suami & anak-anak melawat Taman Arnab Rafa Bunny World di Hypermarket Giant Shah Alam. Gembira... pemilik taman arnab tu peramah. Tengok je tak mampu nak beli...ada baka Holland Lop, Anggora, Lion Head, New Zealand White & mix breed...comel & gebu.