BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Isnin, Mei 23, 2011

CERITA ANAK YANG SAKIT & ICU

Jumaat 20 May..., semasa pemeriksaan ujian darah anak kesayangan Atikah di klinik saya dikhabarkan darah putih Atikah terlampau tinggi 7. ... Atikah demam dah berlarutan 2 minggu.  Doktor kata kemungkinan leukimia...Ya Allah...  

Doktor minta ke hospital malam tu gak untuk rawatan lanjut.  Sy kata esok boleh sbb suami di Alor Setar..  Berita ni sy khabarkan pd suami...menangis suami ... Malam tu gak dia pandu balik..tp kerana terlalu mengantuk dia tidur di Tanjung Malim.


Pagi Sabtu kami ke Pusat Perubatan Universiti Malaya... Atikah jalani pemeriksaan ujian darah, XRay & air kencing..  Doktor periksa badan pastikan ia bukan denggi.  Keputusannya Doktor kata ok bacaan darah putih cuma 5 je.  Syukur... tak terucap. 


Balik rumah...anak sy Arif khabarkan kawan sekelasnya Zarif Zaquan, kemalangan & sekarang  di ICU Hospital Sg. Buloh.  Sebak menangis sy ...sbb rasanya baru jumpa Zarif datang rumah buat projek sekolah dgn Arif.  Zarif dilanggar ketika berbasikal semasa nak pergi solat kat Masjid Saujana Utama.  Anak kata beg sekolah & botol minuman Zarif bertabur di jalan raya.


Zarif ialah anak tunggal Shamsul Kamal, jurukamera Astro yg pernah ditahan di Gaza.  Shamsul pernah cerita dgn sy anak2 lain gugur dlm kandungan.  


Tu lah sy selalu pesan anak2 hati2 semasa berbasikal sbb pemandu kereta/kenderaan di Saujana Utama ni macam Formula One.  Memandu memang laju...pentingkan diri sendiri.  Kadang2 tu jalan sehala pun tak diendahkan...langgar je undang2.  Bila langgar ..salahkan budak sekolah.  











 

Rabu, Mei 04, 2011

PERCUTIAN MARINA WATER PARK



Jalan-jalan melancong memang menyeronokkan....sy suka tengok anak2 gembira main air.  Cuti hari pekerja kami sekeluarga ke Marina Water Park, Teluk Batik, Perak.  Menginap di pekan Sitiawan...Hotel Flamingo.

Marina Water Park ni....keluasan biasa2 je...tiket masuk dewasa RM8, kanak2 RM5.  Air laut yg disedut masuk ke kolam renang. 

Ahad, April 24, 2011

OFFER KERJA

2 minggu lepas saya baru tolak tawaran kerja penolong pengarah (freelance) utk program Master Chef siaran Astro daripada pengarah, Lim Su Jin, rakan lama yg saya kenali.  Su Jin kata 6 bulan je kita berkampung di Bukit Rimau, Shah Alam.

Saya kata takut kerja dgn Eksekutif Producer Joe, perempuan cina yg suka maki org....kita tanya elok2 pun dia marah2.   Daripada asyik kena maki lebih baik dok rumah...aman.  Saya kata pd Su Jin...sorry no thanks...seram nak kerja dgn Joe.

Yang terbaru Khamis 21 April ...Azman anak saudara CEO TV Alhijrah called nak recommend kerja penerbitan....masih fikir nak hantar resume ke tidak....

Jika saya terima kerjaya makan gaji dalam dunia penyiaran tv ibarat rutin lama di TV3 yang saya tinggalkan 6 tahun lalu.  Kena kembali buat pre penerbitan, menerbitkan program tv hinggalah menjaga rating & ratio dengan sponsor client.  Semua tu memeningkan & akan buat saya migrain semula.  


Namun jika saya lepaskan peluang ni saya kadangkala rindu mengasah kepakaran sbb dunia penyiaran ada glamour.   Cuma sayang rindu nak tinggalkan anak2...terutama anak bongsu Aqil.  Kesian anak2....tp masalah RM juga mengongkong kehidupan sbb sy baru je bg free taska pd nanny...so kena cari RM baru utk ganti kerugian....  Risiko perniagaan macam tu lah.


Jika offer ni macam freelance producer saya grab tp nak jadi staf sepenuh masa tu....jarak lokasi stesen 50km dari kediaman...jauh sgt.  Suami tak galakkan sbb dia lebih suka saya di rumah.


Belum send resume sbb masih fikir....

Khamis, April 21, 2011

TASKA PERCUMA

Khamis 21 April 11 sy melepaskan premis taska yg diusahakan kepada pengasuh.  Dah usaha cari pembeli tapi sebab ada 5 kanak-kanak je...buyer takut nak invest kot.

Malas nak fikir bagi free je kat Kak Yah.  Dia pun kena halau tuan rumahnya...mesti pindah Sabtu ni....so sy tak larat nak usaha modal habis  RM31 ribu..  Suami kata jika kita dah usaha & tawakal tp qada & qadar menentukan...redha je la...jangan tangisi RM31 ribu tu...boleh diganti.

Paling sedih anak-anak sy....nangis mereka kenang usaha sy yg tak berbaloi.  Ingat boleh maju macam taska orang lain yg penuh kanak-kanak. 

Awalnya sy hand over free je pd Noni.  Mulanya Noni ok nak try dari May - June...tp bila Kak Yah kata dia tak mahu kerja dgn Noni & nak berhenti....sakit la konon....terus Noni tawar hati...  Yg jd mangsa ...sy, kena fikir siapa la nak ambil alih....Ya Allah pening...sakit mental jiwa.

Malas nak bayar rental RM1K setiap bulan...& bayar gaji Kak Yah RM500 & kos belanja makan kanak-kanak....baik bagi pd Kak Yah.  Setakat ni sy perlu keluar duit nak bayar gaji Kak Yah je...tp malas nak susah-susahkan jiwa....maybe ni bukan bidang kepakaran sy.

Agreement dgn owner rumah pun menyusahkan nak kena tunggu 2 tahun 7 bulan lagi baru boleh dpt deposit RM3 ribu... tu pun jika condition rumah taska ok.

Kak Yah sekeluarga akan pindah taska Sabtu 23 April ni... Hari ni semua anak Kak Yah dah berkampung di taska.  

 







 

Sabtu, Mac 05, 2011

PUSAT TAHFIZ AZ-ZAHRAH

Anak2 Tahfiz Az Zaharah di Taska Cantik Manja
Syukur Alhamdulliah ....Khamis 3 Mac 11 bersamaan 28 Rabiul Awal 1432H anak2 Tahfiz Az Zahrah, Sg. Buloh Selangor memenuhi ruang tamu di Taska Cantik Manja.  

Pusat Tahfiz Az Zahrah diusahakan oleh Ustaz Agil (019-3033362) bersama anaknya Ustaz Dailami (012-2588371)  menerima anak2 yatim piatu & miskin sahaja. 

Kebetulan rakan sekerja suami yg juga dari RTM, Imam Masjid An Nur hadir di majlis ni.  Tn. Mejar Mohammad Yusoff Abdullah juga jurunikah di Saujana Utama.  Beliau sy kenali hampir 2 dekad lalu.  

Penuh keinsafan & rasa rendah diri buat sy bila mana seramai 75 anak2 Tahfiz Az Zaharah ni ingin datang ke taska.  Awal perjanjian suami dgn Ustaz Agil & Ustaz Dailani ....cuma 30 anak2 yg akan hadir tp...malam tu semua anak2 teruja nak ke majlis ni.  

Panik gak sy sbb ni la pertama kali menganjurkan majlis di taska.  Sy masak sdr & paling terkilan makanan tak cukup.  Yalah...di luar jangkaan sy masak cuma utk 60 tetamu tp yg hadir hampir 100 org.  

Tn. Mejar ....Imam Masjid An Nur, Saujana Utama (songkok putih)
Tp Ustaz Agil kata itulah yg molek sbb inilah kebesaran Allah Taala & tiada pembaziran makanan  & juga rezeki kami sbb semua anak2 Tahfiz berebut nak dtg.  


2 kali solat Isyak di taska,  diperdengarkan 30 juzuk Al Quran & bacaan yassin... Solat hajat mereka lakukan di pusat tahfiz. 


Doa sy semoga majlis mendapat keberkatan  & memberi keinsafan berlarutan dlm diri sy sekeluarga. Kepada yg tak dpt makan sy sekeluarga mohon maaf... 

Isnin, Februari 28, 2011

Anggora RM60

Awal tahun 2011 permulaan yg baik bg penjualan arnab....setakat ni RM1192..
merangsangkan berbanding perniagaan taska.  Arnab Anggora sgt diminati sbb sy jual murah je...RM60.  

Minggu lepas sykt Yew Lai tempat sy beli pallet arnab Bengy called tanya Anggora...  sy kata dah habis kena tunggu lg 2 bulan.  

Jual apa saja dari arnab hidup ....serunding arnab, re-use cage, najis/baja arnab pun jiran beli untuk kebunnya di Kuang.

Ahad, Februari 20, 2011

PASAR BORONG KLANG

Syok ke pasar borong Klang....letaknya di Bazaar Rakyat.  Dah 2 kali ke situ membeli barang keperluan taska.  Jimat belanja beli ikan, ayam, buah-buahan dll. 

Murah la dari pasar tani Saujana Utama.  Now dah tau pasar borong Klang semestinya tiap2 minggu ke situ.  Barangan yg dibeli selalunya sy bersihkan & masuk dlm tupperware then simpan dlm freezer utk memudahkan tukang masak taska...Kak Yah.

Kak Yah started kerja dgn taska sy 10 Feb lalu....kesian dia kesempitan duit.  Kak Yah minta advance salary ....sy pun bagi je la.  Adanya dia di taska memudahkan pergerakan sy menghantar/mengambil anak2 sekolah...& sy blh pulang sekejap2 ke rumah.

Memandangkan sy cuma ada seorang je kanak2 utk diasuh...Kak Yah biasa datang 8 pagi & pulang 3 petang.   Sarapan sy buat....dia cuma masak lunch je. 

Khamis, Februari 03, 2011

JIRAN SIDAI KAIN BAJU DI TASKA

Semasa pindah masuk ke taska ...ada je kain baju disidai di pagar dapur.  Rumah belakang yg kosong tu pun jadi tempat sidai kain baju jiran sebelah rumah & jiran rumah ketiga.  Sy & suami pernah tegur elok2 minta tidak menggunakan pagar taska utk sidai kain baju mereka lagi.

Namun tidak diendah sbb mrk masih mengamalkan tabiat tersebut terutama pd hari2 cuti am.  Bl sy dtg mengejut sblh petang mrk punggut kain baju selamba je, macam tak rasa bersalah menggunapakai pagar taska utk kepentingan sdr.  Mencacatkan pemandangan taska je.  Sy sdr keluar RM sediakan ampaian utk taska.

Jiran2 ni bekemampuan beli kereta Myvi, Naza Ria & kereta yg harga ribuan RM...tp sedihnya tak mahu beli pengantung baju yg harganya lebih kurang RM50 ke RM99 je.  Camna nak amalkan sikap prihatin jiran, kalau sy je asyik terkena.  Hangin betul.....

Selasa lps, jiran ketiga hantar anak lelaki spy taska, intai sama ada kami ada ke tidak.... & suami sy perasaan perbuatan isteri jiran tersebut.  Lepas tu maid dia selamba je dtg sidai kain baju depan anak sy...  Dah tak cukup pagar taska sambung sidai pagar rumah belakang pulak.

Insiden maid tinggalkan 3 baju belum kering di pagar ....membuatkan sy terfikir camna nak ajar jiran yg tak reti perasaan sy yg tercalar.  Sy angkat baju tersebut & sidai di ampaian dlm rumah.  Esoknya bl sy dtg taska sy lihat baju2 tu dah diambil....mungkin dia panjat pagar kot.

Petang semalam maid tu selamba je buat bodoh jalan berkaki ayam nak ambil kain baju yg disangkut di pagar rumah belakang  ...Che...che...konon pura2 tak toleh sy...mcm sy tak wujud la.  Sy pun panggil ..bibik2 berulang kali...masih pura2 tak mendgr.  Sy panggil kuat lg....Lps tu maid kata....eh minta maaf murni ... Walhal sy blm kata apa2 pun pd maid ni, pandai lak minta maaf....sedangkan dah diberitahu spy jgn guna pagar taska utk sidai kain baju apabila taska dibuka. 

Cuti2 raya cina ni dtg taska nampak lg perbuatan jiran sebelah rumah sangkut lg kain baju pd pagar....Aduh....letih lah nak kena bgtau jiran yg sememangnya buat2 bodoh tak faham bahasa...seolah-olah kita pulak yg menumpang taska.  Malu sy nak kena tegur selalu.. Tu belum bab potong dahan pokok kemudian letak dpn bahu jalan menghadap taska....  Kenapa la perangai manusia begitu... Jk begini lah perangai jiran2 terbantut niat nak beli rumah taska ni dari owner... sanggup sy menyewa je.   

Sabtu, Januari 29, 2011

KES LANGGAR MOTOR

Khamis 27 Jan, semasa berada dlm kereta & nak bawa anak2 pulang dari Sekolah Keb Saujana Utama, berlaku kes pelajar lelaki tahun 2 dilanggar motorsikal...betul2 dpn mata.

Sy nampak pelajar tu terjatuh terkangkang dpn tayar motor & penunggang tu sempat brek.  Tp entah kenapa bila budak lelaki tu mendongkak ke atas merenung penunggang tu boleh terus langgar peha kanan budak tu.

Aduh!!!sakit nya... kesian budak tu bila tgk dia cuba bangun semula tp merasai kesakitan yg perit, dia terus nangis... Tersentuh hati keibuan...sayu...  

Penunggang tu cepat2 parking motor di tepi jalan & buka helmet.   Org ramai & pelajar sekolah yg saksikan kejadian mengerumuni pelajar malang tu.  Yg kedengaran penunggang berusia lewat 40an cuba pertahanan diri mengatakan dia tak bersalah.

Insiden sebegini akan kerap terjadi jk pemandu kenderaan pandu laju2 & tak patuh arahan jalan sehala.  Lgpun pelajar sekolah sibuk melintas nak beli jajan yg ada dijual dibahu jalan.  

Sekiranya pihak berwajib mengenakan tindakan saman & menghalang penjual jajan meniaga di kawasan sekitar sekolah tentunya kurang risiko kanak2 sibuk melintas & berlari di jalan raya.  Pemandu lak jgn lah ingat nak balik cepat ke rumah hingga merisikokan nyawa & keselamatan pelajar sekolah.  

TASKA LULUS KEBENARAN MERANCANG

Alhamdulillah taska lulus kebenaran merancang dari Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Daerah Kuala Selangor.  Lepas ni boleh hantar surat ke Jabatan Bomba & Keselamatan seterusnya Jabatan Kesihatan.  Semalam beli 2 alat pemadam api, lampu blackout & exit keluar.


Seorg pengusaha taska yg sy kenali menceritakan ibu bapa di sini tak hargai usaha dia meletakkan pelbagai permainan ataupun belajar perkembangan kanak2 spt kehendak JKM.  Yg penting katanya anak mereka bersih & bayaran murah.  Setiap kali kami berbual beliau selalu cakap ibu bapa nak bayaran murah..& taska ni umpama rumah kebajikan je.  Ada betul apa yg kawan sy kata.  Namun apa yg sy perhati kawan ni ambil peluang buka taska yg ke-2. Malah rata2 pengusaha taska di sini mempunyai 3 cawangan yg berdekatan.



Macam2 promosi dah usaha...hantar pamplet ke rumah2 ...tp blm menampakkan hasil.  Sedih gak sbb sy cuba ikut peraturan yg Persatuan Taska & JKM ajar tp ada pengusaha taska di sini menawarkan harga serendah2nya RM180 utk kanak2 berusia 2 tahun.... semata2 nak tarik pelanggan.  Sedangkan RM200 adalah caj perkhidmatan 10 tahun lalu & dulu2 yuran pendaftaran pun RM50.


Terfikir sy bagaimana kualiti servis taska nak ikut piawaian JKM yg mahu 1 pengasuh mengawasi 3 bayi & 1 pengasuh lain menjaga 5 kanak2 berusia antara 1 - 3 tahun sahaja.  Maka tu la taska single storey dilimpahi kanak2 hingga melebihi had keluasan 3.5 meter persegi bagi seorang kanak2.

Tak hairan jika ramai pengusaha taska yg telahpun mengikuti kursus KAAK tp sambil lewa utk mengamalkan apa yg dituntut.  Spt kata kawan taska ni ...pandai2 kita la nak mengimbangi kewangan taska...& jgn ikut sangat standard JKM, nanti kita rugi.  


Tak termampu sy bersaing ...pengsan, pitam rasanya. Sy faham itu strategi perniagaan taska tp kesan perbuatan mereka ibarat mencantas rezeki pengusaha taska yg jujur & ingin mengamalkan kualiti. 


Tu la pasal taska sukar mendapat kelulusan JKM. Maka itu lah juga banyak taska tumbuh tanpa sebarang kelulusan & tak bimbang sbb pihak berwajib pun tak tutup2 taska mereka.  Di kawasan sy ada yg dah beroperasi 10 tahun pun masih tak punya lesen MDKS.  

Pesan kawan sy lg pastikan harga yuran lebih rendah dpd taska lain jk nak ramai kanak2.  Jd ibu bapa jgn minta lebih2 & salahkan pengusaha taska kerana kuantiti lebih utama berbanding kualiti & dpt menyelamatkan kewangan taska.