Khamis 27 Jan, semasa berada dlm kereta & nak bawa anak2 pulang dari Sekolah Keb Saujana Utama, berlaku kes pelajar lelaki tahun 2 dilanggar motorsikal...betul2 dpn mata.
Sy nampak pelajar tu terjatuh terkangkang dpn tayar motor & penunggang tu sempat brek. Tp entah kenapa bila budak lelaki tu mendongkak ke atas merenung penunggang tu boleh terus langgar peha kanan budak tu.
Aduh!!!sakit nya... kesian budak tu bila tgk dia cuba bangun semula tp merasai kesakitan yg perit, dia terus nangis... Tersentuh hati keibuan...sayu...
Penunggang tu cepat2 parking motor di tepi jalan & buka helmet. Org ramai & pelajar sekolah yg saksikan kejadian mengerumuni pelajar malang tu. Yg kedengaran penunggang berusia lewat 40an cuba pertahanan diri mengatakan dia tak bersalah.
Insiden sebegini akan kerap terjadi jk pemandu kenderaan pandu laju2 & tak patuh arahan jalan sehala. Lgpun pelajar sekolah sibuk melintas nak beli jajan yg ada dijual dibahu jalan.
Sekiranya pihak berwajib mengenakan tindakan saman & menghalang penjual jajan meniaga di kawasan sekitar sekolah tentunya kurang risiko kanak2 sibuk melintas & berlari di jalan raya. Pemandu lak jgn lah ingat nak balik cepat ke rumah hingga merisikokan nyawa & keselamatan pelajar sekolah.
Sabtu, Januari 29, 2011
KES LANGGAR MOTOR
Posted by CANTIK MANIS at 10:58 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan