BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Sabtu, Mac 05, 2011

PUSAT TAHFIZ AZ-ZAHRAH

Anak2 Tahfiz Az Zaharah di Taska Cantik Manja
Syukur Alhamdulliah ....Khamis 3 Mac 11 bersamaan 28 Rabiul Awal 1432H anak2 Tahfiz Az Zahrah, Sg. Buloh Selangor memenuhi ruang tamu di Taska Cantik Manja.  

Pusat Tahfiz Az Zahrah diusahakan oleh Ustaz Agil (019-3033362) bersama anaknya Ustaz Dailami (012-2588371)  menerima anak2 yatim piatu & miskin sahaja. 

Kebetulan rakan sekerja suami yg juga dari RTM, Imam Masjid An Nur hadir di majlis ni.  Tn. Mejar Mohammad Yusoff Abdullah juga jurunikah di Saujana Utama.  Beliau sy kenali hampir 2 dekad lalu.  

Penuh keinsafan & rasa rendah diri buat sy bila mana seramai 75 anak2 Tahfiz Az Zaharah ni ingin datang ke taska.  Awal perjanjian suami dgn Ustaz Agil & Ustaz Dailani ....cuma 30 anak2 yg akan hadir tp...malam tu semua anak2 teruja nak ke majlis ni.  

Panik gak sy sbb ni la pertama kali menganjurkan majlis di taska.  Sy masak sdr & paling terkilan makanan tak cukup.  Yalah...di luar jangkaan sy masak cuma utk 60 tetamu tp yg hadir hampir 100 org.  

Tn. Mejar ....Imam Masjid An Nur, Saujana Utama (songkok putih)
Tp Ustaz Agil kata itulah yg molek sbb inilah kebesaran Allah Taala & tiada pembaziran makanan  & juga rezeki kami sbb semua anak2 Tahfiz berebut nak dtg.  


2 kali solat Isyak di taska,  diperdengarkan 30 juzuk Al Quran & bacaan yassin... Solat hajat mereka lakukan di pusat tahfiz. 


Doa sy semoga majlis mendapat keberkatan  & memberi keinsafan berlarutan dlm diri sy sekeluarga. Kepada yg tak dpt makan sy sekeluarga mohon maaf... 

0 comments: