Tetamu setia yg juga merangkap sukarelawan, Erea suka datang bertamu ke taman mini kami. Sy tanya Erea kenapa suka dtg rumah sy sedangkan dia ada 2 arnab anggora berbulu lebat & cantik....katanya "sini byk arnab".
Erea, anak penerbit di Media Prima suka bantu anak sy promosikan taman mini kami. Dia tulis iklan then photocopy kemudian diedarkan kpd kawan sekolah. Lagi seorang Reza, ibunya majistret. Reza juga photocopy iklan sdr.
Anak2 ni walaupun usia muda semangat persahabatan begitu murni & ikhlas. Tiada balasan yg diminta cuma kegembiraan. Kasih sayang yg dipamerkan pd haiwan juga jujur....tiada agenda tersembunyi.
Dalam dunia org dewasa lazimnya sipemberi mengharapkan balasan penerima. Nak job kena melobi, realitinya pasang aircond berbanding kipas tangan asalkan impian terlaksana....lakonan & plastik sgt.