BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Rabu, April 28, 2010

REMAJA ZAMAN SEKARANG

Tadi petang selepas pulang dari ambil anak sekolah, tegur seorang budak remaja lelaki.  "Kenapa petik buah mangga yang saya tanam tanpa izin.  Jika nak minta makcik boleh beri.  Kamu tu anak Melayu, orang Islam tak baik buat gitu."  Pura-pura tak mendengar saya sambil menelefon.

Wah!  seorang kawan budak-budak remaja Melayu yang lepak depan rumah saya ni datang mendapatkan saya.  "Apalah ni makcik...cakap apa dengan dia", nak membela....  Nada suara kurang ajar dan tak menampakkan rasa hormat pada orang-orang tua... 

"Mana saya tahu pokok ni makcik punya.  Depan rumah saya pun ada pokok mangga gak".  Ehwah-ehwah sedapnya bahasa.  Penat bertekak dengan budak tak cukup akal.  Bila saya minta nombor telefon bapa dia tak lah pula beri...  Tadi cakap berapi-api, tunjukkan kemarahan.  Geram!!! Rasa nak tampar je muka berjerawat tu.  Makan pun ibu bapa kasi,  masa depan pun belum tentu lagi.

Pada pandangan saya ibu bapa mereka lah pendorong utama kenapa kepincangan masalah remaja begitu ketara.  Sudahlah diberi kunci motor...tanpa menghormati undang-undang memandu motor bergaya sakan.  Kemudian berkepul-kepul asap rokok keluar di hidung/mulut.   Kenapa tak hisap je rokok depan ibu bapa kamu,  biar mereka tahu ...anak sapa la tu.

Bila mati accident baru nak nangis, meraung...Alahai!,

Tu belum tengok adegan romantik bercinta....selalu sangat ada wayang free depan padang permainan.  Ibu bapa sibuk sangat kerjaya cari RM sering terlepas pandang anak-anak... Dah ramai sangat jadi macam Halimaton.