BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Sabtu, Ogos 28, 2010

LUKISAN UNTUK TASKA MAMA

Ini lukisan cantik manis..yg siap mlm tadi..  Teruja sungguh anak perempuan ku yg seorang ni.. bila aje sy suarakan hasrat minta tolong lakarkan logo taska yg dlm perancangan utk dibuka hujung tahun ni. 

Dlm bln puasa ni jenuh gak sy tinjau2 kediaman corner lot kat Saujana Utama & Pristana mencari lokasi yg sesuai. Pernah gak sy ke Bandar Bukit Raja..telefon agent tgk lokasi.  Ronda2 ditemani anak ..jumpa beberapa rumah tp ada yg tak sesuai dan ada juga yg tiada no telefon atau tanda to let/sale.  Pernah tanya pemaju tp mrk tak membantu..bila suarakan pd kontraktor cina, Wilson Chia yg baik dgn suami..katanya "Ooh tu rumah org kaya..mrk tak biar kosong".

Sayangnya biarkan kosong..tumbuh lalang & semak samun.. Ya lah org byk duit ..tak kisah beli aset then tinggal gitu je tak buat apa2.  Alangkah bagusnya jk disewa kpd yg memerlukan mcm sy yg terdesak cari corner nak buka premis taska.

Ada rumah yg betul2 minat agent pulak buat hal...terbantut hasrat nak buka tadika dgn partner... Tak tau la bila boleh terlaksana impian jd pengusaha...

Ahad, Ogos 15, 2010

POLIS KENA TIPU

Insiden ni berlaku semasa sy & suami sdg ronda2 cari corner lot di Saujana Utama 3...  Kawasan ni perumahan baru yg masih kurang penghuninya.  Ketika berhenti di sebuah rumah ternampak lah 2 pegawai polis berpakaian biasa sedang memarahi 2 lelaki India..  Suami sy kenal mereka....polis muda.  Salah seorang polis tu senyum pd suami.  Seorang lelaki India ni memegang pagar besi belakang rumah..pencuri la tu.

Polis ni minta mereka ke balai...namun kedua pencuri ni berdegil enggan ikut..sebaliknya minta dilepaskan.. Bila sj diarahkan mereka naiki motor mereka pun terus memecut...cabut...

Yg lawaknya polis terpaksa mengejar mereka dgn motosikal masing-masing, waktu tu tengahari terik...Puasa lak...  Pencuri tu sengaja mencampakkan pagar tadi hampir2 terkena motosikal polis.  Entah dpt tangkap atau tidak sy tak pasti. 

Suami kata sepatutnya ambil IC atau lesen mereka dulu ...ya lah polis muda ...pencuri India tu kan dah biasa menipu...Tu la pasal agaknya ada sj polis muda cedera atau mati dibunuh penjenayah sbb mereka  professional selok belok menipu...mencuri...membunuh... Niat suci berkhidmat utk masyarakat tp tertipu jua..

Isnin, Ogos 09, 2010

HASIL KEBUN



Roselle, nangka, cili, jambu, tebu, pegaga, kelapa pandan wangi, daun pandan, pisang emas, pisang awak & mangga jenis lili, harum manis & mempelam  merupakan tanaman yg sy tanam di rumah.  Semuanya dibaja dgn tinja arnab.  Berbaloi tengok pokok roselle melebihi ketinggian semeter subur.  Setiap cabang dahan berbunga.  Enjoy bila kelopak bunga roselle mengembang bulan puasa ni dapatlah minum air roselle yg byk khasiat & vitamin. 
Pokok cili ni pula benihnya sy semai dari cili Kota Kinabalu. Chef Mansor yg bg sy sekilo cili...ada lebih sy semailah. Pokoknya pun mencapai ketinggian melebihi semeter.   Cili ni kan RM1 sepiring... setakat ni sy dah kutip 1/2kilo... Lumayan!!! Tanah di rumah sy tak la luas cuma 10kaki dr lot rumah yg sy manfaatkan.  Nak tanam di tanah milik suami nun jauh di Perak. 


 


.   



Khamis, Ogos 05, 2010

SERUNDING ARNAB

Tempahan serunding arnab menjelang Ramadhan & biskut raya menceriakan sy...boleh manfaatkan duit tu buat perbelanjaan rumah.  Ada tempahan 10kg tp tak dpt nak sediakan sbb arnab tak mencukupi..yg ada untuk 4kg je...jadi lah.

Bagi mereka yg tak lalu nak telan arnab..boleh cuba masakan serunding arnab atau bbq macam sate.  Sedap..percaya la mesti boleh makan.  Cuba la.