Insiden ni berlaku semasa sy & suami sdg ronda2 cari corner lot di Saujana Utama 3... Kawasan ni perumahan baru yg masih kurang penghuninya. Ketika berhenti di sebuah rumah ternampak lah 2 pegawai polis berpakaian biasa sedang memarahi 2 lelaki India.. Suami sy kenal mereka....polis muda. Salah seorang polis tu senyum pd suami. Seorang lelaki India ni memegang pagar besi belakang rumah..pencuri la tu.
Polis ni minta mereka ke balai...namun kedua pencuri ni berdegil enggan ikut..sebaliknya minta dilepaskan.. Bila sj diarahkan mereka naiki motor mereka pun terus memecut...cabut...
Yg lawaknya polis terpaksa mengejar mereka dgn motosikal masing-masing, waktu tu tengahari terik...Puasa lak... Pencuri tu sengaja mencampakkan pagar tadi hampir2 terkena motosikal polis. Entah dpt tangkap atau tidak sy tak pasti.
Suami kata sepatutnya ambil IC atau lesen mereka dulu ...ya lah polis muda ...pencuri India tu kan dah biasa menipu...Tu la pasal agaknya ada sj polis muda cedera atau mati dibunuh penjenayah sbb mereka professional selok belok menipu...mencuri...membunuh... Niat suci berkhidmat utk masyarakat tp tertipu jua..
Ahad, Ogos 15, 2010
POLIS KENA TIPU
Posted by CANTIK MANIS at 9:25 PTG 0 comments
Isnin, Ogos 09, 2010
HASIL KEBUN
.
Posted by CANTIK MANIS at 9:08 PTG 0 comments
Khamis, Ogos 05, 2010
SERUNDING ARNAB
Bagi mereka yg tak lalu nak telan arnab..boleh cuba masakan serunding arnab atau bbq macam sate. Sedap..percaya la mesti boleh makan. Cuba la.
Posted by CANTIK MANIS at 1:44 PTG 0 comments
Jumaat, Julai 23, 2010
ANAK TERKUNCI DI PETRONAS
Semalam 1810 sewaktu isi minyak kereta di stesen petronas kat rumah berlaku insiden kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta proton Gen2 putih. Sy agak umur kanak-kanak tu 2 tahun lebih. Pam kami bersebelahan.
Enjin kereta masih hidup. Bapa dia dok ketuk2 cermin bg isyarat suruh anaknya buka tingkap ...unlock pintu. Cermin tinted.. Sy kira anaknya tak dgr. Nasib baik tak nangis. Kemudian lelaki tu ke kaunter bawa pembaris besi nak cangkuk tepi pintu...dah mcm McGyver lak.
Sepatutnya patuhi arahan stesen minyak...matikan enjin kereta. Ingatan buat diri usah tinggalkan anak keseorangan dlm kereta. Bahaya... banyak kemungkinan.
Posted by CANTIK MANIS at 9:03 PG 0 comments
Selasa, Julai 20, 2010
ARNAB TAK KE PASAR TANI
Sedang tolong Persatuan Taska Negeri Selangor buat jemputan media sempena konvensyen ke-2 yg bakal diadakan di SUK, Shah Alam pd 24 July. Malangnya sambutan utk publisiti media kurang memberangsangkan. TV station langsung takde respond. Maybe media gerun dgn Selangor. Nak minta Eera dtg bg hadiah...apparence je RM7K .. Terus presiden kata tak payah...mana ada duit persatuan kan NGO.
Cerita lak pasal kecurian di kawasan perumahan...baru-baru ni Jalan Cemara 7 khabarnya dimasuki perompak siang hari. Dah kerap sgt kawasan Saujana Utama ni berlaku rompakan...buah nangka yg ditanam depan rumah pun kena kebas dgn sarung sekali... Padahal belum masak pun... Alahai Pencuri...
Posted by CANTIK MANIS at 10:18 PTG 0 comments
Rabu, Jun 02, 2010
SHAMSULKAMAL TAHANAN ISRAEL
Misi kawan teman Shamsulkamal, jurukamera Astro Awani ke sempadan Gaza bertukar tragedi...sedih dengar perkhabaran di Malaysia...yang mana mereka menjadi tahanan Israel. Kejam.
Anak tunggalnya nangis2 di sekolah agama semalam, siap bawa keratan surat khabar tunjuk kawan2 cerita bapa kesayangannya ditahan Yahudi Israel. Anak saya khabarkan berita tu bila dia pulang dr sekolah. Sedih...terkejut.
Shamsul yg sy kenali memang lurus bentul... Sy pernah keluar assignment dgn Shamsul untuk pgm tv Glamor siaran tv1. Dia buat kerja lebih masa untuk tambah rezeki keluarga. Dia juga jiran setaman di Saujana Utama ni.
Semoga Allah s.w.t. selamatkan semua tahanan. Amin.
Posted by CANTIK MANIS at 2:01 PTG 0 comments
Jumaat, Mei 21, 2010
RAKAMAN GALAKSI SHARP DI MULTIMEDIA UNIVERSITI CYBERJAYA
Posted by CANTIK MANIS at 7:25 PTG 0 comments



