BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Sabtu, Januari 29, 2011

KES LANGGAR MOTOR

Khamis 27 Jan, semasa berada dlm kereta & nak bawa anak2 pulang dari Sekolah Keb Saujana Utama, berlaku kes pelajar lelaki tahun 2 dilanggar motorsikal...betul2 dpn mata.

Sy nampak pelajar tu terjatuh terkangkang dpn tayar motor & penunggang tu sempat brek.  Tp entah kenapa bila budak lelaki tu mendongkak ke atas merenung penunggang tu boleh terus langgar peha kanan budak tu.

Aduh!!!sakit nya... kesian budak tu bila tgk dia cuba bangun semula tp merasai kesakitan yg perit, dia terus nangis... Tersentuh hati keibuan...sayu...  

Penunggang tu cepat2 parking motor di tepi jalan & buka helmet.   Org ramai & pelajar sekolah yg saksikan kejadian mengerumuni pelajar malang tu.  Yg kedengaran penunggang berusia lewat 40an cuba pertahanan diri mengatakan dia tak bersalah.

Insiden sebegini akan kerap terjadi jk pemandu kenderaan pandu laju2 & tak patuh arahan jalan sehala.  Lgpun pelajar sekolah sibuk melintas nak beli jajan yg ada dijual dibahu jalan.  

Sekiranya pihak berwajib mengenakan tindakan saman & menghalang penjual jajan meniaga di kawasan sekitar sekolah tentunya kurang risiko kanak2 sibuk melintas & berlari di jalan raya.  Pemandu lak jgn lah ingat nak balik cepat ke rumah hingga merisikokan nyawa & keselamatan pelajar sekolah.  

TASKA LULUS KEBENARAN MERANCANG

Alhamdulillah taska lulus kebenaran merancang dari Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Daerah Kuala Selangor.  Lepas ni boleh hantar surat ke Jabatan Bomba & Keselamatan seterusnya Jabatan Kesihatan.  Semalam beli 2 alat pemadam api, lampu blackout & exit keluar.


Seorg pengusaha taska yg sy kenali menceritakan ibu bapa di sini tak hargai usaha dia meletakkan pelbagai permainan ataupun belajar perkembangan kanak2 spt kehendak JKM.  Yg penting katanya anak mereka bersih & bayaran murah.  Setiap kali kami berbual beliau selalu cakap ibu bapa nak bayaran murah..& taska ni umpama rumah kebajikan je.  Ada betul apa yg kawan sy kata.  Namun apa yg sy perhati kawan ni ambil peluang buka taska yg ke-2. Malah rata2 pengusaha taska di sini mempunyai 3 cawangan yg berdekatan.



Macam2 promosi dah usaha...hantar pamplet ke rumah2 ...tp blm menampakkan hasil.  Sedih gak sbb sy cuba ikut peraturan yg Persatuan Taska & JKM ajar tp ada pengusaha taska di sini menawarkan harga serendah2nya RM180 utk kanak2 berusia 2 tahun.... semata2 nak tarik pelanggan.  Sedangkan RM200 adalah caj perkhidmatan 10 tahun lalu & dulu2 yuran pendaftaran pun RM50.


Terfikir sy bagaimana kualiti servis taska nak ikut piawaian JKM yg mahu 1 pengasuh mengawasi 3 bayi & 1 pengasuh lain menjaga 5 kanak2 berusia antara 1 - 3 tahun sahaja.  Maka tu la taska single storey dilimpahi kanak2 hingga melebihi had keluasan 3.5 meter persegi bagi seorang kanak2.

Tak hairan jika ramai pengusaha taska yg telahpun mengikuti kursus KAAK tp sambil lewa utk mengamalkan apa yg dituntut.  Spt kata kawan taska ni ...pandai2 kita la nak mengimbangi kewangan taska...& jgn ikut sangat standard JKM, nanti kita rugi.  


Tak termampu sy bersaing ...pengsan, pitam rasanya. Sy faham itu strategi perniagaan taska tp kesan perbuatan mereka ibarat mencantas rezeki pengusaha taska yg jujur & ingin mengamalkan kualiti. 


Tu la pasal taska sukar mendapat kelulusan JKM. Maka itu lah juga banyak taska tumbuh tanpa sebarang kelulusan & tak bimbang sbb pihak berwajib pun tak tutup2 taska mereka.  Di kawasan sy ada yg dah beroperasi 10 tahun pun masih tak punya lesen MDKS.  

Pesan kawan sy lg pastikan harga yuran lebih rendah dpd taska lain jk nak ramai kanak2.  Jd ibu bapa jgn minta lebih2 & salahkan pengusaha taska kerana kuantiti lebih utama berbanding kualiti & dpt menyelamatkan kewangan taska.