Ahad, Disember 06, 2009
KEMARUK ARNAB NEW ZEALAND
Alamak!!! kos makanan bakal melambung & kena tambah sangkar la nampaknya. Habis RM duit baju sekolah anak2 sy perguna... Kena korek tabung amanah le lepas ni.
Esoknya suami bawa taukeh kebun sayur, Azmi & rakannya Din bertemu Endali. Azmi yg bagi kami sayur segar dr kebunnya teringin bela arnab baka pedaging. Dia beli 1 NZW & 1 Flemish. Arnab balik naik lori sayur.
Suami kata Endali tawarkan kami nak belajar tentang arnab datanglah ke ladang 9 pagi. Dia sanggup ajar kami FOC je.
Posted by CANTIK MANIS at 8:20 PTG 0 comments
Isnin, November 23, 2009
ARNAB BAKA PEDAGING
Jarak perjalanan dari kediaman cuma 20 minit je tp sbb sesat, sejam lebih juga la baru minta Endali jemput kami sekeluarga berdekatan kandang kambing. Puas tanya penduduk sekitar tp ternyata mereka tak tahu lokasi ladang.
Gembira lihat kejayaan anak muda yg sanggup ceburi usaha ternak arnab. Banyak sungguh arnab baka New Zealand. Endali jual tak mahal, siap tawarkan perkhidmatan suntikan jika arnab sy berpenyakit.
Posted by CANTIK MANIS at 4:41 PTG 0 comments
Khamis, November 19, 2009
NAIK TARAF
- Emak 500
- Atuk 100
- Anak Arif 265
- & tokok RM sdr
- Kasih sayang emak, atuk, suami & anak2.
- Free & Jimat!!!
Posted by CANTIK MANIS at 3:30 PTG 0 comments
Isnin, November 16, 2009
SETULUS KASIH AYAH BONDA
Bertuah diri ini ada emak & ayah yg sgt faham minat sy terhadap arnab. Ayah (atuk) offer diri datang ke rumah untuk perbaiki taman mini & rumah arnab. Terharu & nikmatnya ada emak yg sgt menyayangi diri ini wlpun sy sudah melewati usia senja. Bila menyuarakan hasrat nak pinjam duit, emak segera hulurkan RM500.
Bukan tak berduit, saja nak manja2 dgn emak sbb tahu emak memang tak lokek. Emak seorang yg cekal, atuk pula senang mengalirkan airmata.
Emak tak pernah berkira dgn anak2. Sebab tu la hingga kini kakak ipar pinjam RM10,000 tak pernah berbayar dah bertahun pun.
Emak hampir 3 dekad tak bekerja tp duit simpanannya kerap diperguna & dibelanja kpd anak2 & cucu2. Cakap je nak pinjam duit, laju emak hulurkan. Jk ada menantunya yg pinjam duit, emak kata tak perlu pulangkan.
Atuk pula jk ada duit lebih suka belanja anak2 & cucu2 makan di luar. Bahkan atuk juga ringan tulang. Tahun lepas bl sy suarakan nak bela puyuh atuk sibuk siapkan reban dgn mengeluarkan kos membeli kelengkapan peralatan guna duit sdr.
Wlpun atuk buta huruf & sempat ke sekolah tahun 1 je, namun kemahiran bertukangnya tak boleh dipertikaikan. Sekarang ni pun hujan turun atuk usaha siapkan rumah arnab sy.
Posted by CANTIK MANIS at 5:46 PTG 0 comments
Sabtu, Oktober 31, 2009
DUNIA KANAK-KANAK
Tetamu setia yg juga merangkap sukarelawan, Erea suka datang bertamu ke taman mini kami. Sy tanya Erea kenapa suka dtg rumah sy sedangkan dia ada 2 arnab anggora berbulu lebat & cantik....katanya "sini byk arnab".
Erea, anak penerbit di Media Prima suka bantu anak sy promosikan taman mini kami. Dia tulis iklan then photocopy kemudian diedarkan kpd kawan sekolah. Lagi seorang Reza, ibunya majistret. Reza juga photocopy iklan sdr.
Anak2 ni walaupun usia muda semangat persahabatan begitu murni & ikhlas. Tiada balasan yg diminta cuma kegembiraan. Kasih sayang yg dipamerkan pd haiwan juga jujur....tiada agenda tersembunyi.
Dalam dunia org dewasa lazimnya sipemberi mengharapkan balasan penerima. Nak job kena melobi, realitinya pasang aircond berbanding kipas tangan asalkan impian terlaksana....lakonan & plastik sgt.
Posted by CANTIK MANIS at 11:27 PG 0 comments
Isnin, Oktober 26, 2009
TAMAN MINI ARNAB
2 bulan lalu suami buat taman mini seluas 2x4m di pokok mangga. Wlwpun tak hebat cukup gembira tengok arnab berehat jd tak payah bersusah2 menangkap mrk di laman rumah.
Pd anak2 sy ceritakan idea nak tambah income ...dgn bantuan rakan sekolah, anak2 tulis iklan lalu di photocopy & diedar kpd rakan sekolah. Jemput rakan2 melawat tmn mini arnab di rumah & byran RM1 jk bermain arnab sambil beri makan sayur.
Ada la kawan anak2 dtg melawat taman mini kami. Gembira sungguh anak2 dpt tambah duit poket. Ada juga kami bg masuk free. Ya lah mrk tu kanak2 yg suka kan arnab. Macam2 soalan mrk tanya sy....arnab gigit ke, mcm mana nak pegang arnab..sambil tu sy juga dpt mengenali kawan anak2 sy.
Posted by CANTIK MANIS at 9:33 PTG 0 comments
Khamis, Oktober 22, 2009
PEMASARAN
Dlm perniagaan perlu ada strategi pemasaran... nak usahakan sesuatu mesti tahu market. Ternak arnab secara kecil-kecil pun kena study...buat rekod kelahiran & penyata aliran kewangan spy pelaburan tak merugikan.
Semalam jiran dtg belikan 2 ekor arnab usia 1 bulan utk rakannya. Semua kelengkapan arnab dibeli di Jln Pasar, murah katanya.
Teringin besarkan penternakan arnab tp keluasan rumah tak mengizinkan. Tanah di kg ada cuma tak tau nak buat projek apa. Sedang buat kajian siapkan proposal rancangan perniagaan tubuhkan syarikat ...perlukan modal RM150K.
Tengok projek ikan keli byk artikel yg krg merangsang...tambah pula ada bbp jiran setaman yg bela dah tutup kanvas. Masa hobi sy bela ikan hiasan dlm aquarium dulu pun asyik meninggal dunia je... syukur dgn arnab serasi.
http://www.rurallink.gov.my/inisiative#
Laman ni sy jumpa masa nak buat RP...menawarkan kursus free kpd usahawan/peniaga luar bandar.
Posted by CANTIK MANIS at 10:26 PG 0 comments
Khamis, Oktober 15, 2009
Selasa, Julai 28, 2009
SAYUR SEGAR DARI KEBUN
Kesibukan menyediakan sample biskut raya mengurangkan masa bersama 5 anak Cocoa Butter yang lahir 21 Julai lalu. Seronok pula lihat telatah anak-anak saya yang begitu teruja menjual biskut raya yang saya packing kepada rakan mereka.
Selain itu rancangan menyiapkan kertas kerja program sitcom terbaru untuk Astro Mustika bersama pengarah, koordinator & penulis skrip tetap diteruskan sekalipun dana finance yang ingin melabur dalam projek ini tarik diri.
Cerita pasal arnab pula, dah 3 kali dapat makan sayur segar terus dari kebun. Suami bertemu Azmi, pengusaha kebun sayur yang letaknya 2 km dari kediaman kami Saujana Utama. Kami minta pertukaran tinja/najis arnab dengan sayur-sayuran beliau. Beliau setuju dan kami gembira. Arnab pun selera makan sayur segar... laju je. Kurang la sikit budget beli lobak merah.
Tinja arnab pun tak la melambak di rumah. 3 hari sekali saya kumpul & bila suami pulang dari outstation dia hantar ke kebun sayur. Menurut Azmi yang merupakan bekas penuntut jurusan pertanian, sayur lebih subur dengan baja asli. Antara sayur yang diberi ialah timun, bayam merah, bayam hijau, sawi & kangkung.
Kata suami, Azmi seorang anak muda yang gigih mengusahakan tamanan di tanah yang disewa daripada PBT Kuala Selangor. Berusia lewat 20an sanggup berpanas terik sambil ditemani beberapa pekerja Indonesianya. Malam pun hanya ditemani cahaya lilin. Kebunnya berpagar & dikawal beberapa ekor anjing sebab pekerjanya pernah mengalami kejadian rompakan pada malam hari.
Posted by CANTIK MANIS at 9:47 PTG 0 comments
Ahad, Julai 12, 2009
SAMBUT BABY BARU
12 Julai, proses kelahiran bayi mummy Oren kali kedua...wah seronok bertambah arnab. Patutlah semalam bila dilepaskan di halaman mummy sibuk kumpul rumput & letakkan sebelah almari kasut. Malam tadi suami tak perasan mummy terlepas. Pagi ni bangun tengok perut kempit, dah agak mesti ada baby sebelah almari.
Lapik t'shirt lepas tu kutip rumput & bulu mummy masukkan dalam raga plastik. Ambil baby masuk dalam sangkar.
Menjaga & mengurus arnab tak lah remeh. Pagi bersihkan sangkar, tambah air masak lepas tu bagi mereka makan pellet, lobak merah atau bayam. Sambil tu lepaskan mereka sebentar.
Posted by CANTIK MANIS at 2:31 PTG 0 comments