Bertuah diri ini ada emak & ayah yg sgt faham minat sy terhadap arnab. Ayah (atuk) offer diri datang ke rumah untuk perbaiki taman mini & rumah arnab. Terharu & nikmatnya ada emak yg sgt menyayangi diri ini wlpun sy sudah melewati usia senja. Bila menyuarakan hasrat nak pinjam duit, emak segera hulurkan RM500.
Bukan tak berduit, saja nak manja2 dgn emak sbb tahu emak memang tak lokek. Emak seorang yg cekal, atuk pula senang mengalirkan airmata.
Emak tak pernah berkira dgn anak2. Sebab tu la hingga kini kakak ipar pinjam RM10,000 tak pernah berbayar dah bertahun pun.
Emak hampir 3 dekad tak bekerja tp duit simpanannya kerap diperguna & dibelanja kpd anak2 & cucu2. Cakap je nak pinjam duit, laju emak hulurkan. Jk ada menantunya yg pinjam duit, emak kata tak perlu pulangkan.
Atuk pula jk ada duit lebih suka belanja anak2 & cucu2 makan di luar. Bahkan atuk juga ringan tulang. Tahun lepas bl sy suarakan nak bela puyuh atuk sibuk siapkan reban dgn mengeluarkan kos membeli kelengkapan peralatan guna duit sdr.
Wlpun atuk buta huruf & sempat ke sekolah tahun 1 je, namun kemahiran bertukangnya tak boleh dipertikaikan. Sekarang ni pun hujan turun atuk usaha siapkan rumah arnab sy.
Isnin, November 16, 2009
SETULUS KASIH AYAH BONDA
Posted by CANTIK MANIS at 5:46 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan