BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Isnin, November 23, 2009

ARNAB BAKA PEDAGING


Perkenalkan ni la si handsome Flemish Giant & si ayu New Zealand White koleksi terkini.  Beli semalam di Rabbit World Agro.   New Zealand tu mengandung sulung. 

Jarak perjalanan dari kediaman cuma 20 minit je tp sbb sesat, sejam lebih juga la baru minta Endali jemput kami sekeluarga berdekatan kandang kambing.  Puas tanya penduduk sekitar tp ternyata mereka tak tahu lokasi ladang.

Gembira lihat kejayaan anak muda yg sanggup ceburi usaha ternak arnab.  Banyak sungguh arnab baka New Zealand.  Endali jual tak mahal,  siap tawarkan perkhidmatan suntikan jika arnab sy berpenyakit.   



Yang ni kacukan, sy suka broken colour....nice & cute.  Ada juga baka Hotot, Anggora, English Spot, Lion Head & tempatan.  Sebelum pulang sy beli seguni makanan arnab jenama Cargill 8012.  Murah!!

0 comments: