BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Isnin, November 23, 2009

ARNAB BAKA PEDAGING


Perkenalkan ni la si handsome Flemish Giant & si ayu New Zealand White koleksi terkini.  Beli semalam di Rabbit World Agro.   New Zealand tu mengandung sulung. 

Jarak perjalanan dari kediaman cuma 20 minit je tp sbb sesat, sejam lebih juga la baru minta Endali jemput kami sekeluarga berdekatan kandang kambing.  Puas tanya penduduk sekitar tp ternyata mereka tak tahu lokasi ladang.

Gembira lihat kejayaan anak muda yg sanggup ceburi usaha ternak arnab.  Banyak sungguh arnab baka New Zealand.  Endali jual tak mahal,  siap tawarkan perkhidmatan suntikan jika arnab sy berpenyakit.   



Yang ni kacukan, sy suka broken colour....nice & cute.  Ada juga baka Hotot, Anggora, English Spot, Lion Head & tempatan.  Sebelum pulang sy beli seguni makanan arnab jenama Cargill 8012.  Murah!!

Khamis, November 19, 2009

NAIK TARAF

Genap 5 hari sempurna naik taraf kediaman arnab sy.  Terima kasih atuk & suami yg sudi kerah tenaga dalam hujan demi memenuhi permintaan sy.  Atuk sempat juga perbetulkan pagar taman mini.

RM beli kelengkapan:
  • Emak 500
  • Atuk 100
  • Anak Arif 265
  • & tokok RM sdr
Kos upah:
  • Kasih sayang emak, atuk, suami & anak2. 
  • Free & Jimat!!!
Riang lihat rumah arnab kemas.  1 rumah boleh muatkan 6 sangkar.  Suami juga bawa sy ke Jln Pasar, beli 6 sangkar arnab & 2 arnab...auntie Cina tu kata Anggora.  Bila tanya umur..."tak rak tau la".






Fikir nak bela Rex & New Zealand lak spy boleh pamerkan pd kanak2 yg dtg.  Cuma RM seekor arnab je buat sy terbantut.


Isnin, November 16, 2009

SETULUS KASIH AYAH BONDA

Bertuah diri ini ada emak & ayah yg sgt faham minat sy terhadap arnab.  Ayah (atuk) offer diri datang ke rumah untuk perbaiki taman mini & rumah arnab.  Terharu & nikmatnya ada emak yg sgt menyayangi diri ini wlpun sy sudah melewati usia senja.  Bila menyuarakan hasrat nak pinjam duit, emak segera hulurkan RM500. 

Bukan tak berduit, saja nak manja2 dgn emak sbb tahu emak memang tak lokek.   Emak seorang yg cekal, atuk pula senang mengalirkan airmata.

Emak tak pernah berkira dgn anak2.  Sebab tu la hingga kini kakak ipar pinjam RM10,000 tak pernah berbayar dah bertahun pun. 

Emak hampir 3 dekad tak bekerja tp duit simpanannya kerap diperguna & dibelanja kpd anak2 & cucu2.  Cakap je nak pinjam duit, laju emak hulurkan.  Jk ada menantunya yg pinjam duit, emak kata tak perlu pulangkan. 

Atuk pula jk ada duit lebih suka belanja anak2 & cucu2 makan di luar.  Bahkan atuk juga ringan tulang.  Tahun lepas bl sy suarakan nak bela puyuh atuk sibuk siapkan reban dgn mengeluarkan kos membeli kelengkapan peralatan guna duit sdr. 

Wlpun atuk buta huruf & sempat ke sekolah tahun 1 je, namun kemahiran bertukangnya tak boleh dipertikaikan.  Sekarang ni pun hujan turun atuk usaha siapkan rumah arnab sy.