BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Sabtu, Disember 11, 2010

OPERASI TASKA

Jangka next year taska boleh operasi. Masih tahap permohonan tukar premis di jabatan perancang. Tp sy lihat ada taska baru muncul berani gantung banner. Jarak antara taska lain cuma beberapa meter je. Camna tu .. Ikut peraturan atau main redah je.  Tak mau pertikai apa org lain buat...sbb yg pasti dah byk modal RM mengalir. 

Sebelum sy sewa rumah taska, planner kata jarak radius antara 500meter. Sy juga dinasihat oleh pegawai JKM Kuala Selangor untuk memastikan rumah tu benar2 berada pada radius sepatutnya.

Hired planner buat drawing then submitted to MDKS for approval. Pesan beliau jangan buat apa2 pun di luar bahagian rumah. Akur nasihat walaupun risau sbb tinggal 3 minggu je lg ke tahun 2011 sy tutup sementara aktiviti membersihkan taska.

Apa2 pun tawakal je. Terima kasih pd anak2 & suami yg bantu kemas, lap, mop, cuci, potong pokok2, buang rumput, bakar sampah & cat dalaman rumah. Penat fizikal. Anak bongsu pun seronok main air.  Mengecat aktiviti yg anak2 paling suka...enjoy.  Lepas tu belanja makan KFC.

Doakan kejayaan mama.

Ikut laluan betul memang mencabar.  Sbb tu ramai pengusaha taska yg beroperasi tanpa lesen.  Tu belum berdepan dgn masalah mengupah tenaga pekerja.  Mengimbangi aliran wang tunai positif & negatif paling memeritkan sbb profit tak byk sgt kecuali usahawan taska buka byk cawangan ataupun ada tadika, sekolah agama & pusat jagaan termasuk transport.  Baru betul2 success.

0 comments: