Ahad 19, petang sy menyaksikan kejadian ragut. 2 gadis yg jalan lemah lembut sambil berbual2 leka & membawa bungkusan makanan. Tak ambil kisah sgt sbb sedang menanam pokok kari & cili api tepi pagar belakang taska.
Kemudian lalu 2 mat rider bawa motor warna hijau terang/muda tanpa memakai helmet. Mungkin RXZ. Sy ingat mereka penduduk Saujana Utama sbb kebiasaannya penunggang motorsikal di kawasan perumahan ni jarang mematuhi undang2. Malah ramai ibu bapa spt menggalakkan anak2 remaja mrk memandu motor & pastinya mrk tiada lesen memandu.
Tiba2 je dengar 2 gadis tadi terpekik menjerit...tolong2... Ya lah nak kejar tak terdaya. 2 pemuda tadi tersenyum tanpa memecut motor laju2 mrk melambai tangan & berkata Bye2 kpd 2 gadis tadi...tanda gembira dah dpt habuan... Nasib baik handphone gadis tu di genggaman tangan.
Sy pasti peragut tu mengekori gadis2 tu kerana tahu sebaik ragut mrk senang membelok motor ke jalan utama. Gadis tu teresak menangis sambil menelefon... Biasanya ada anggota Rela berbayar meronda di sekitar jalan tu...tp semasa kejadian peronda Rela tu mungkin sdg meronda di jalan lain.
Tu sbb sy selalu pesan diri sdr...jgn bawa cash money guna handbeg. Td pagi sy nampak gadis yg kena ragut tu bawa beg sandang besar pergi kerja..
Isnin, Disember 20, 2010
RAGUT DEKAT TASKA
Posted by CANTIK MANIS at 9:37 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan