BLOGGER TEMPLATES AND IMVU Layouts »

Isnin, Mac 29, 2010

JUAL ARNAB DI PASAR TANI

3 minggu lalu di majlis penutup kursus KAAK, YB Yaakob exco kerajaan Ngr Sgor yg sudi dengar cerita sy ternak arnab di rumah & pasarkan di pasar tani 2 kali sebulan.  YB pelawa datang ofis sambung cerita bisnes arnab...tapi segan nak gi. 

Sekarang ni arnab yg ada 69 ekor.   Alhamdulillah rezeki niaga di pasar tani...syukur  & gembira sebab bulan ni je 10 arnab berjaya dijual.

Penjualan di internet tak la rancak sgt tp ada la org minat telefon.  Ada En. Azmi dr Pahang called cerita dia beli arnab di Broga.  Harga 5 set dekat RMribu-ribu.  Sy bg no. hp Hj Ismail. Minta dia beli di Kg Bkt Badong je. 

Tadi jumpa Pengerusi PTNS, Pn Hjh Mahanom, mengesa sy berjumpa YB Yaakob.  Tengok la..lepas exam April ni. 

Baru-baru ni rakan baik yg juga Pengarah pgm tv ajak sy terbit pgm Sharp bersama selebriti.  Maybe start May tp preproduction start April.  Apa2 pun kena tgk offer letter dulu baru leh start kerja. 

Rabu, Mac 10, 2010

HADIR KURSUS KAAK

Selama hampir 3 minggu hadiri kursus KAAK

Ahad, Disember 06, 2009

KEMARUK ARNAB NEW ZEALAND


Jumaat 4 Dis, kembali ke ladang Endali.  Beli 5 guni Cargill & 1 induk NZW & 8 anak arnab baka New Zealand yg dikacuk dgn Flemish.  Pilih arnab bikin kemaruk sbb rupa nya comel belaka... 

Alamak!!!  kos makanan bakal melambung & kena tambah sangkar la nampaknya.  Habis RM duit baju sekolah anak2 sy perguna...  Kena korek tabung amanah le lepas ni. 

Esoknya suami bawa taukeh kebun sayur, Azmi & rakannya Din bertemu Endali.  Azmi yg bagi kami sayur segar dr kebunnya teringin bela arnab baka pedaging.  Dia beli 1 NZW & 1 Flemish.  Arnab balik naik lori sayur.

Suami kata Endali tawarkan kami nak belajar tentang arnab datanglah ke ladang 9 pagi.   Dia sanggup ajar kami FOC je.

Isnin, November 23, 2009

ARNAB BAKA PEDAGING


Perkenalkan ni la si handsome Flemish Giant & si ayu New Zealand White koleksi terkini.  Beli semalam di Rabbit World Agro.   New Zealand tu mengandung sulung. 

Jarak perjalanan dari kediaman cuma 20 minit je tp sbb sesat, sejam lebih juga la baru minta Endali jemput kami sekeluarga berdekatan kandang kambing.  Puas tanya penduduk sekitar tp ternyata mereka tak tahu lokasi ladang.

Gembira lihat kejayaan anak muda yg sanggup ceburi usaha ternak arnab.  Banyak sungguh arnab baka New Zealand.  Endali jual tak mahal,  siap tawarkan perkhidmatan suntikan jika arnab sy berpenyakit.   



Yang ni kacukan, sy suka broken colour....nice & cute.  Ada juga baka Hotot, Anggora, English Spot, Lion Head & tempatan.  Sebelum pulang sy beli seguni makanan arnab jenama Cargill 8012.  Murah!!

Khamis, November 19, 2009

NAIK TARAF

Genap 5 hari sempurna naik taraf kediaman arnab sy.  Terima kasih atuk & suami yg sudi kerah tenaga dalam hujan demi memenuhi permintaan sy.  Atuk sempat juga perbetulkan pagar taman mini.

RM beli kelengkapan:
  • Emak 500
  • Atuk 100
  • Anak Arif 265
  • & tokok RM sdr
Kos upah:
  • Kasih sayang emak, atuk, suami & anak2. 
  • Free & Jimat!!!
Riang lihat rumah arnab kemas.  1 rumah boleh muatkan 6 sangkar.  Suami juga bawa sy ke Jln Pasar, beli 6 sangkar arnab & 2 arnab...auntie Cina tu kata Anggora.  Bila tanya umur..."tak rak tau la".






Fikir nak bela Rex & New Zealand lak spy boleh pamerkan pd kanak2 yg dtg.  Cuma RM seekor arnab je buat sy terbantut.


Isnin, November 16, 2009

SETULUS KASIH AYAH BONDA

Bertuah diri ini ada emak & ayah yg sgt faham minat sy terhadap arnab.  Ayah (atuk) offer diri datang ke rumah untuk perbaiki taman mini & rumah arnab.  Terharu & nikmatnya ada emak yg sgt menyayangi diri ini wlpun sy sudah melewati usia senja.  Bila menyuarakan hasrat nak pinjam duit, emak segera hulurkan RM500. 

Bukan tak berduit, saja nak manja2 dgn emak sbb tahu emak memang tak lokek.   Emak seorang yg cekal, atuk pula senang mengalirkan airmata.

Emak tak pernah berkira dgn anak2.  Sebab tu la hingga kini kakak ipar pinjam RM10,000 tak pernah berbayar dah bertahun pun. 

Emak hampir 3 dekad tak bekerja tp duit simpanannya kerap diperguna & dibelanja kpd anak2 & cucu2.  Cakap je nak pinjam duit, laju emak hulurkan.  Jk ada menantunya yg pinjam duit, emak kata tak perlu pulangkan. 

Atuk pula jk ada duit lebih suka belanja anak2 & cucu2 makan di luar.  Bahkan atuk juga ringan tulang.  Tahun lepas bl sy suarakan nak bela puyuh atuk sibuk siapkan reban dgn mengeluarkan kos membeli kelengkapan peralatan guna duit sdr. 

Wlpun atuk buta huruf & sempat ke sekolah tahun 1 je, namun kemahiran bertukangnya tak boleh dipertikaikan.  Sekarang ni pun hujan turun atuk usaha siapkan rumah arnab sy. 

Sabtu, Oktober 31, 2009

DUNIA KANAK-KANAK

Tetamu setia yg juga merangkap sukarelawan, Erea suka datang bertamu ke taman mini kami.  Sy tanya Erea kenapa suka dtg rumah sy sedangkan dia ada 2 arnab anggora berbulu lebat & cantik....katanya "sini byk arnab". 

Erea, anak penerbit di Media Prima suka bantu anak sy promosikan taman mini kami.  Dia tulis iklan then photocopy kemudian diedarkan kpd kawan sekolah.  Lagi seorang Reza, ibunya majistret.  Reza juga photocopy iklan sdr.



Anak2 ni walaupun usia muda semangat persahabatan begitu murni & ikhlas.  Tiada balasan yg diminta cuma kegembiraan.  Kasih sayang yg dipamerkan pd haiwan juga jujur....tiada agenda tersembunyi.

Dalam dunia org dewasa lazimnya sipemberi mengharapkan balasan penerima.  Nak job kena melobi, realitinya pasang aircond berbanding kipas tangan asalkan impian terlaksana....lakonan & plastik sgt.