Khamis 27 Jan, semasa berada dlm kereta & nak bawa anak2 pulang dari Sekolah Keb Saujana Utama, berlaku kes pelajar lelaki tahun 2 dilanggar motorsikal...betul2 dpn mata.
Sy nampak pelajar tu terjatuh terkangkang dpn tayar motor & penunggang tu sempat brek. Tp entah kenapa bila budak lelaki tu mendongkak ke atas merenung penunggang tu boleh terus langgar peha kanan budak tu.
Aduh!!!sakit nya... kesian budak tu bila tgk dia cuba bangun semula tp merasai kesakitan yg perit, dia terus nangis... Tersentuh hati keibuan...sayu...
Penunggang tu cepat2 parking motor di tepi jalan & buka helmet. Org ramai & pelajar sekolah yg saksikan kejadian mengerumuni pelajar malang tu. Yg kedengaran penunggang berusia lewat 40an cuba pertahanan diri mengatakan dia tak bersalah.
Insiden sebegini akan kerap terjadi jk pemandu kenderaan pandu laju2 & tak patuh arahan jalan sehala. Lgpun pelajar sekolah sibuk melintas nak beli jajan yg ada dijual dibahu jalan.
Sekiranya pihak berwajib mengenakan tindakan saman & menghalang penjual jajan meniaga di kawasan sekitar sekolah tentunya kurang risiko kanak2 sibuk melintas & berlari di jalan raya. Pemandu lak jgn lah ingat nak balik cepat ke rumah hingga merisikokan nyawa & keselamatan pelajar sekolah.
Sabtu, Januari 29, 2011
KES LANGGAR MOTOR
Posted by CANTIK MANIS at 10:58 PG 0 comments
TASKA LULUS KEBENARAN MERANCANG
Seorg pengusaha taska yg sy kenali menceritakan ibu bapa di sini tak hargai usaha dia meletakkan pelbagai permainan ataupun belajar perkembangan kanak2 spt kehendak JKM. Yg penting katanya anak mereka bersih & bayaran murah. Setiap kali kami berbual beliau selalu cakap ibu bapa nak bayaran murah..& taska ni umpama rumah kebajikan je. Ada betul apa yg kawan sy kata. Namun apa yg sy perhati kawan ni ambil peluang buka taska yg ke-2. Malah rata2 pengusaha taska di sini mempunyai 3 cawangan yg berdekatan.
Macam2 promosi dah usaha...hantar pamplet ke rumah2 ...tp blm menampakkan hasil. Sedih gak sbb sy cuba ikut peraturan yg Persatuan Taska & JKM ajar tp ada pengusaha taska di sini menawarkan harga serendah2nya RM180 utk kanak2 berusia 2 tahun.... semata2 nak tarik pelanggan. Sedangkan RM200 adalah caj perkhidmatan 10 tahun lalu & dulu2 yuran pendaftaran pun RM50.
Terfikir sy bagaimana kualiti servis taska nak ikut piawaian JKM yg mahu 1 pengasuh mengawasi 3 bayi & 1 pengasuh lain menjaga 5 kanak2 berusia antara 1 - 3 tahun sahaja. Maka tu la taska single storey dilimpahi kanak2 hingga melebihi had keluasan 3.5 meter persegi bagi seorang kanak2.
Tak hairan jika ramai pengusaha taska yg telahpun mengikuti kursus KAAK tp sambil lewa utk mengamalkan apa yg dituntut. Spt kata kawan taska ni ...pandai2 kita la nak mengimbangi kewangan taska...& jgn ikut sangat standard JKM, nanti kita rugi.
Tak termampu sy bersaing ...pengsan, pitam rasanya. Sy faham itu strategi perniagaan taska tp kesan perbuatan mereka ibarat mencantas rezeki pengusaha taska yg jujur & ingin mengamalkan kualiti.
Tu la pasal taska sukar mendapat kelulusan JKM. Maka itu lah juga banyak taska tumbuh tanpa sebarang kelulusan & tak bimbang sbb pihak berwajib pun tak tutup2 taska mereka. Di kawasan sy ada yg dah beroperasi 10 tahun pun masih tak punya lesen MDKS.
Pesan kawan sy lg pastikan harga yuran lebih rendah dpd taska lain jk nak ramai kanak2. Jd ibu bapa jgn minta lebih2 & salahkan pengusaha taska kerana kuantiti lebih utama berbanding kualiti & dpt menyelamatkan kewangan taska.
Posted by CANTIK MANIS at 10:32 PG 0 comments
Isnin, Disember 20, 2010
RAGUT DEKAT TASKA
Ahad 19, petang sy menyaksikan kejadian ragut. 2 gadis yg jalan lemah lembut sambil berbual2 leka & membawa bungkusan makanan. Tak ambil kisah sgt sbb sedang menanam pokok kari & cili api tepi pagar belakang taska.
Kemudian lalu 2 mat rider bawa motor warna hijau terang/muda tanpa memakai helmet. Mungkin RXZ. Sy ingat mereka penduduk Saujana Utama sbb kebiasaannya penunggang motorsikal di kawasan perumahan ni jarang mematuhi undang2. Malah ramai ibu bapa spt menggalakkan anak2 remaja mrk memandu motor & pastinya mrk tiada lesen memandu.
Tiba2 je dengar 2 gadis tadi terpekik menjerit...tolong2... Ya lah nak kejar tak terdaya. 2 pemuda tadi tersenyum tanpa memecut motor laju2 mrk melambai tangan & berkata Bye2 kpd 2 gadis tadi...tanda gembira dah dpt habuan... Nasib baik handphone gadis tu di genggaman tangan.
Sy pasti peragut tu mengekori gadis2 tu kerana tahu sebaik ragut mrk senang membelok motor ke jalan utama. Gadis tu teresak menangis sambil menelefon... Biasanya ada anggota Rela berbayar meronda di sekitar jalan tu...tp semasa kejadian peronda Rela tu mungkin sdg meronda di jalan lain.
Tu sbb sy selalu pesan diri sdr...jgn bawa cash money guna handbeg. Td pagi sy nampak gadis yg kena ragut tu bawa beg sandang besar pergi kerja..
Posted by CANTIK MANIS at 9:37 PTG 0 comments
Sabtu, Disember 11, 2010
BELAJAR CPR
5 Disember, Attending course pertolongan cemas di Persatuan Taska Negeri Selangor. Syok..sbb penceramahnya En. Chellapan. Hebat beliau walaupun dah berusia 62 tahun. Tak kering gusi dgn gelak tawa dek usikan beliau yg penuh santun.
Jika anak tersadung, tercalar & ada lebam berwarna merah, tuam dgn tuala berais. Api yg marak membakar jgn disiram air nanti bertambah tinggi maraknya. Tutup je dgn kain basah.
Belajar cara mengikat anduh, CPR & kanak2 tercekik. Dah faham camna yg dikatakan nafas terhenti. Reti gak buat CPR & hopefully blh selamatkan nyawa sesiapa jk berlaku kecemasan.
Apabila nafas terhenti 3 organ ini gagal berfungsi, bermula paru2 yg menyedut oxygen, kedua organ jantung mengepam darah/oxygen & ketiga otak.
Lain kali nak ajak hubby join spy faham ilmu CPR.
Posted by CANTIK MANIS at 2:06 PTG 0 comments
OPERASI TASKA
Jangka next year taska boleh operasi. Masih tahap permohonan tukar premis di jabatan perancang. Tp sy lihat ada taska baru muncul berani gantung banner. Jarak antara taska lain cuma beberapa meter je. Camna tu .. Ikut peraturan atau main redah je. Tak mau pertikai apa org lain buat...sbb yg pasti dah byk modal RM mengalir.
Sebelum sy sewa rumah taska, planner kata jarak radius antara 500meter. Sy juga dinasihat oleh pegawai JKM Kuala Selangor untuk memastikan rumah tu benar2 berada pada radius sepatutnya.
Hired planner buat drawing then submitted to MDKS for approval. Pesan beliau jangan buat apa2 pun di luar bahagian rumah. Akur nasihat walaupun risau sbb tinggal 3 minggu je lg ke tahun 2011 sy tutup sementara aktiviti membersihkan taska.
Apa2 pun tawakal je. Terima kasih pd anak2 & suami yg bantu kemas, lap, mop, cuci, potong pokok2, buang rumput, bakar sampah & cat dalaman rumah. Penat fizikal. Anak bongsu pun seronok main air. Mengecat aktiviti yg anak2 paling suka...enjoy. Lepas tu belanja makan KFC.
Doakan kejayaan mama.
Ikut laluan betul memang mencabar. Sbb tu ramai pengusaha taska yg beroperasi tanpa lesen. Tu belum berdepan dgn masalah mengupah tenaga pekerja. Mengimbangi aliran wang tunai positif & negatif paling memeritkan sbb profit tak byk sgt kecuali usahawan taska buka byk cawangan ataupun ada tadika, sekolah agama & pusat jagaan termasuk transport. Baru betul2 success.
Posted by CANTIK MANIS at 1:51 PTG 0 comments
Rabu, September 22, 2010
Anggora Comel
Sebelum ni adik beradiknya mati ...mati kepanasan ... mati jatuh dr sangkar
Posted by CANTIK MANIS at 9:37 PTG 0 comments
Sabtu, Ogos 28, 2010
LUKISAN UNTUK TASKA MAMA
Dlm bln puasa ni jenuh gak sy tinjau2 kediaman corner lot kat Saujana Utama & Pristana mencari lokasi yg sesuai. Pernah gak sy ke Bandar Bukit Raja..telefon agent tgk lokasi. Ronda2 ditemani anak ..jumpa beberapa rumah tp ada yg tak sesuai dan ada juga yg tiada no telefon atau tanda to let/sale. Pernah tanya pemaju tp mrk tak membantu..bila suarakan pd kontraktor cina, Wilson Chia yg baik dgn suami..katanya "Ooh tu rumah org kaya..mrk tak biar kosong".
Sayangnya biarkan kosong..tumbuh lalang & semak samun.. Ya lah org byk duit ..tak kisah beli aset then tinggal gitu je tak buat apa2. Alangkah bagusnya jk disewa kpd yg memerlukan mcm sy yg terdesak cari corner nak buka premis taska.
Ada rumah yg betul2 minat agent pulak buat hal...terbantut hasrat nak buka tadika dgn partner... Tak tau la bila boleh terlaksana impian jd pengusaha...
Posted by CANTIK MANIS at 5:03 PTG 0 comments





