Jumaat 20 May..., semasa pemeriksaan ujian darah anak kesayangan Atikah di klinik saya dikhabarkan darah putih Atikah terlampau tinggi 7. ... Atikah demam dah berlarutan 2 minggu. Doktor kata kemungkinan leukimia...Ya Allah...
Doktor minta ke hospital malam tu gak untuk rawatan lanjut. Sy kata esok boleh sbb suami di Alor Setar.. Berita ni sy khabarkan pd suami...menangis suami ... Malam tu gak dia pandu balik..tp kerana terlalu mengantuk dia tidur di Tanjung Malim.
Pagi Sabtu kami ke Pusat Perubatan Universiti Malaya... Atikah jalani pemeriksaan ujian darah, XRay & air kencing.. Doktor periksa badan pastikan ia bukan denggi. Keputusannya Doktor kata ok bacaan darah putih cuma 5 je. Syukur... tak terucap.
Balik rumah...anak sy Arif khabarkan kawan sekelasnya Zarif Zaquan, kemalangan & sekarang di ICU Hospital Sg. Buloh. Sebak menangis sy ...sbb rasanya baru jumpa Zarif datang rumah buat projek sekolah dgn Arif. Zarif dilanggar ketika berbasikal semasa nak pergi solat kat Masjid Saujana Utama. Anak kata beg sekolah & botol minuman Zarif bertabur di jalan raya.
Zarif ialah anak tunggal Shamsul Kamal, jurukamera Astro yg pernah ditahan di Gaza. Shamsul pernah cerita dgn sy anak2 lain gugur dlm kandungan.
Tu lah sy selalu pesan anak2 hati2 semasa berbasikal sbb pemandu kereta/kenderaan di Saujana Utama ni macam Formula One. Memandu memang laju...pentingkan diri sendiri. Kadang2 tu jalan sehala pun tak diendahkan...langgar je undang2. Bila langgar ..salahkan budak sekolah.
Isnin, Mei 23, 2011
CERITA ANAK YANG SAKIT & ICU
Posted by CANTIK MANIS at 9:47 PG 0 comments
Rabu, Mei 04, 2011
PERCUTIAN MARINA WATER PARK
Jalan-jalan melancong memang menyeronokkan....sy suka tengok anak2 gembira main air. Cuti hari pekerja kami sekeluarga ke Marina Water Park, Teluk Batik, Perak. Menginap di pekan Sitiawan...Hotel Flamingo.
Marina Water Park ni....keluasan biasa2 je...tiket masuk dewasa RM8, kanak2 RM5. Air laut yg disedut masuk ke kolam renang.
Posted by CANTIK MANIS at 2:20 PTG 0 comments
Ahad, April 24, 2011
OFFER KERJA
2 minggu lepas saya baru tolak tawaran kerja penolong pengarah (freelance) utk program Master Chef siaran Astro daripada pengarah, Lim Su Jin, rakan lama yg saya kenali. Su Jin kata 6 bulan je kita berkampung di Bukit Rimau, Shah Alam.
Saya kata takut kerja dgn Eksekutif Producer Joe, perempuan cina yg suka maki org....kita tanya elok2 pun dia marah2. Daripada asyik kena maki lebih baik dok rumah...aman. Saya kata pd Su Jin...sorry no thanks...seram nak kerja dgn Joe.
Yang terbaru Khamis 21 April ...Azman anak saudara CEO TV Alhijrah called nak recommend kerja penerbitan....masih fikir nak hantar resume ke tidak....
Jika saya terima kerjaya makan gaji dalam dunia penyiaran tv ibarat rutin lama di TV3 yang saya tinggalkan 6 tahun lalu. Kena kembali buat pre penerbitan, menerbitkan program tv hinggalah menjaga rating & ratio dengan sponsor client. Semua tu memeningkan & akan buat saya migrain semula.
Namun jika saya lepaskan peluang ni saya kadangkala rindu mengasah kepakaran sbb dunia penyiaran ada glamour. Cuma sayang rindu nak tinggalkan anak2...terutama anak bongsu Aqil. Kesian anak2....tp masalah RM juga mengongkong kehidupan sbb sy baru je bg free taska pd nanny...so kena cari RM baru utk ganti kerugian.... Risiko perniagaan macam tu lah.
Jika offer ni macam freelance producer saya grab tp nak jadi staf sepenuh masa tu....jarak lokasi stesen 50km dari kediaman...jauh sgt. Suami tak galakkan sbb dia lebih suka saya di rumah.
Belum send resume sbb masih fikir....
Posted by CANTIK MANIS at 11:32 PG 0 comments
Khamis, April 21, 2011
TASKA PERCUMA
Khamis 21 April 11 sy melepaskan premis taska yg diusahakan kepada pengasuh. Dah usaha cari pembeli tapi sebab ada 5 kanak-kanak je...buyer takut nak invest kot.
Malas nak fikir bagi free je kat Kak Yah. Dia pun kena halau tuan rumahnya...mesti pindah Sabtu ni....so sy tak larat nak usaha modal habis RM31 ribu.. Suami kata jika kita dah usaha & tawakal tp qada & qadar menentukan...redha je la...jangan tangisi RM31 ribu tu...boleh diganti.
Paling sedih anak-anak sy....nangis mereka kenang usaha sy yg tak berbaloi. Ingat boleh maju macam taska orang lain yg penuh kanak-kanak.
Awalnya sy hand over free je pd Noni. Mulanya Noni ok nak try dari May - June...tp bila Kak Yah kata dia tak mahu kerja dgn Noni & nak berhenti....sakit la konon....terus Noni tawar hati... Yg jd mangsa ...sy, kena fikir siapa la nak ambil alih....Ya Allah pening...sakit mental jiwa.
Agreement dgn owner rumah pun menyusahkan nak kena tunggu 2 tahun 7 bulan lagi baru boleh dpt deposit RM3 ribu... tu pun jika condition rumah taska ok.
Kak Yah sekeluarga akan pindah taska Sabtu 23 April ni... Hari ni semua anak Kak Yah dah berkampung di taska.
Posted by CANTIK MANIS at 4:05 PTG 0 comments
Sabtu, Mac 05, 2011
PUSAT TAHFIZ AZ-ZAHRAH
| Anak2 Tahfiz Az Zaharah di Taska Cantik Manja |
Pusat Tahfiz Az Zahrah diusahakan oleh Ustaz Agil (019-3033362) bersama anaknya Ustaz Dailami (012-2588371) menerima anak2 yatim piatu & miskin sahaja.
Kebetulan rakan sekerja suami yg juga dari RTM, Imam Masjid An Nur hadir di majlis ni. Tn. Mejar Mohammad Yusoff Abdullah juga jurunikah di Saujana Utama. Beliau sy kenali hampir 2 dekad lalu.
Penuh keinsafan & rasa rendah diri buat sy bila mana seramai 75 anak2 Tahfiz Az Zaharah ni ingin datang ke taska. Awal perjanjian suami dgn Ustaz Agil & Ustaz Dailani ....cuma 30 anak2 yg akan hadir tp...malam tu semua anak2 teruja nak ke majlis ni.
Panik gak sy sbb ni la pertama kali menganjurkan majlis di taska. Sy masak sdr & paling terkilan makanan tak cukup. Yalah...di luar jangkaan sy masak cuma utk 60 tetamu tp yg hadir hampir 100 org.
| Tn. Mejar ....Imam Masjid An Nur, Saujana Utama (songkok putih) |
2 kali solat Isyak di taska, diperdengarkan 30 juzuk Al Quran & bacaan yassin... Solat hajat mereka lakukan di pusat tahfiz.
Doa sy semoga majlis mendapat keberkatan & memberi keinsafan berlarutan dlm diri sy sekeluarga. Kepada yg tak dpt makan sy sekeluarga mohon maaf...
Posted by CANTIK MANIS at 10:10 PTG 0 comments
Isnin, Februari 28, 2011
Anggora RM60
merangsangkan berbanding perniagaan taska. Arnab Anggora sgt diminati sbb sy jual murah je...RM60.
Minggu lepas sykt Yew Lai tempat sy beli pallet arnab Bengy called tanya Anggora... sy kata dah habis kena tunggu lg 2 bulan.
Jual apa saja dari arnab hidup ....serunding arnab, re-use cage, najis/baja arnab pun jiran beli untuk kebunnya di Kuang.
Posted by CANTIK MANIS at 10:27 PG 0 comments
Ahad, Februari 20, 2011
PASAR BORONG KLANG
Syok ke pasar borong Klang....letaknya di Bazaar Rakyat. Dah 2 kali ke situ membeli barang keperluan taska. Jimat belanja beli ikan, ayam, buah-buahan dll.
Murah la dari pasar tani Saujana Utama. Now dah tau pasar borong Klang semestinya tiap2 minggu ke situ. Barangan yg dibeli selalunya sy bersihkan & masuk dlm tupperware then simpan dlm freezer utk memudahkan tukang masak taska...Kak Yah.
Kak Yah started kerja dgn taska sy 10 Feb lalu....kesian dia kesempitan duit. Kak Yah minta advance salary ....sy pun bagi je la. Adanya dia di taska memudahkan pergerakan sy menghantar/mengambil anak2 sekolah...& sy blh pulang sekejap2 ke rumah.
Memandangkan sy cuma ada seorang je kanak2 utk diasuh...Kak Yah biasa datang 8 pagi & pulang 3 petang. Sarapan sy buat....dia cuma masak lunch je.
Posted by CANTIK MANIS at 11:18 PG 0 comments
Khamis, Februari 03, 2011
JIRAN SIDAI KAIN BAJU DI TASKA
Semasa pindah masuk ke taska ...ada je kain baju disidai di pagar dapur. Rumah belakang yg kosong tu pun jadi tempat sidai kain baju jiran sebelah rumah & jiran rumah ketiga. Sy & suami pernah tegur elok2 minta tidak menggunakan pagar taska utk sidai kain baju mereka lagi.
Namun tidak diendah sbb mrk masih mengamalkan tabiat tersebut terutama pd hari2 cuti am. Bl sy dtg mengejut sblh petang mrk punggut kain baju selamba je, macam tak rasa bersalah menggunapakai pagar taska utk kepentingan sdr. Mencacatkan pemandangan taska je. Sy sdr keluar RM sediakan ampaian utk taska.
Jiran2 ni bekemampuan beli kereta Myvi, Naza Ria & kereta yg harga ribuan RM...tp sedihnya tak mahu beli pengantung baju yg harganya lebih kurang RM50 ke RM99 je. Camna nak amalkan sikap prihatin jiran, kalau sy je asyik terkena. Hangin betul.....
Selasa lps, jiran ketiga hantar anak lelaki spy taska, intai sama ada kami ada ke tidak.... & suami sy perasaan perbuatan isteri jiran tersebut. Lepas tu maid dia selamba je dtg sidai kain baju depan anak sy... Dah tak cukup pagar taska sambung sidai pagar rumah belakang pulak.
Insiden maid tinggalkan 3 baju belum kering di pagar ....membuatkan sy terfikir camna nak ajar jiran yg tak reti perasaan sy yg tercalar. Sy angkat baju tersebut & sidai di ampaian dlm rumah. Esoknya bl sy dtg taska sy lihat baju2 tu dah diambil....mungkin dia panjat pagar kot.
Petang semalam maid tu selamba je buat bodoh jalan berkaki ayam nak ambil kain baju yg disangkut di pagar rumah belakang ...Che...che...konon pura2 tak toleh sy...mcm sy tak wujud la. Sy pun panggil ..bibik2 berulang kali...masih pura2 tak mendgr. Sy panggil kuat lg....Lps tu maid kata....eh minta maaf murni ... Walhal sy blm kata apa2 pun pd maid ni, pandai lak minta maaf....sedangkan dah diberitahu spy jgn guna pagar taska utk sidai kain baju apabila taska dibuka.
Cuti2 raya cina ni dtg taska nampak lg perbuatan jiran sebelah rumah sangkut lg kain baju pd pagar....Aduh....letih lah nak kena bgtau jiran yg sememangnya buat2 bodoh tak faham bahasa...seolah-olah kita pulak yg menumpang taska. Malu sy nak kena tegur selalu.. Tu belum bab potong dahan pokok kemudian letak dpn bahu jalan menghadap taska.... Kenapa la perangai manusia begitu... Jk begini lah perangai jiran2 terbantut niat nak beli rumah taska ni dari owner... sanggup sy menyewa je.
Posted by CANTIK MANIS at 3:20 PTG 0 comments
Sabtu, Januari 29, 2011
KES LANGGAR MOTOR
Khamis 27 Jan, semasa berada dlm kereta & nak bawa anak2 pulang dari Sekolah Keb Saujana Utama, berlaku kes pelajar lelaki tahun 2 dilanggar motorsikal...betul2 dpn mata.
Sy nampak pelajar tu terjatuh terkangkang dpn tayar motor & penunggang tu sempat brek. Tp entah kenapa bila budak lelaki tu mendongkak ke atas merenung penunggang tu boleh terus langgar peha kanan budak tu.
Aduh!!!sakit nya... kesian budak tu bila tgk dia cuba bangun semula tp merasai kesakitan yg perit, dia terus nangis... Tersentuh hati keibuan...sayu...
Penunggang tu cepat2 parking motor di tepi jalan & buka helmet. Org ramai & pelajar sekolah yg saksikan kejadian mengerumuni pelajar malang tu. Yg kedengaran penunggang berusia lewat 40an cuba pertahanan diri mengatakan dia tak bersalah.
Insiden sebegini akan kerap terjadi jk pemandu kenderaan pandu laju2 & tak patuh arahan jalan sehala. Lgpun pelajar sekolah sibuk melintas nak beli jajan yg ada dijual dibahu jalan.
Sekiranya pihak berwajib mengenakan tindakan saman & menghalang penjual jajan meniaga di kawasan sekitar sekolah tentunya kurang risiko kanak2 sibuk melintas & berlari di jalan raya. Pemandu lak jgn lah ingat nak balik cepat ke rumah hingga merisikokan nyawa & keselamatan pelajar sekolah.
Posted by CANTIK MANIS at 10:58 PG 0 comments
TASKA LULUS KEBENARAN MERANCANG
Seorg pengusaha taska yg sy kenali menceritakan ibu bapa di sini tak hargai usaha dia meletakkan pelbagai permainan ataupun belajar perkembangan kanak2 spt kehendak JKM. Yg penting katanya anak mereka bersih & bayaran murah. Setiap kali kami berbual beliau selalu cakap ibu bapa nak bayaran murah..& taska ni umpama rumah kebajikan je. Ada betul apa yg kawan sy kata. Namun apa yg sy perhati kawan ni ambil peluang buka taska yg ke-2. Malah rata2 pengusaha taska di sini mempunyai 3 cawangan yg berdekatan.
Macam2 promosi dah usaha...hantar pamplet ke rumah2 ...tp blm menampakkan hasil. Sedih gak sbb sy cuba ikut peraturan yg Persatuan Taska & JKM ajar tp ada pengusaha taska di sini menawarkan harga serendah2nya RM180 utk kanak2 berusia 2 tahun.... semata2 nak tarik pelanggan. Sedangkan RM200 adalah caj perkhidmatan 10 tahun lalu & dulu2 yuran pendaftaran pun RM50.
Terfikir sy bagaimana kualiti servis taska nak ikut piawaian JKM yg mahu 1 pengasuh mengawasi 3 bayi & 1 pengasuh lain menjaga 5 kanak2 berusia antara 1 - 3 tahun sahaja. Maka tu la taska single storey dilimpahi kanak2 hingga melebihi had keluasan 3.5 meter persegi bagi seorang kanak2.
Tak hairan jika ramai pengusaha taska yg telahpun mengikuti kursus KAAK tp sambil lewa utk mengamalkan apa yg dituntut. Spt kata kawan taska ni ...pandai2 kita la nak mengimbangi kewangan taska...& jgn ikut sangat standard JKM, nanti kita rugi.
Tak termampu sy bersaing ...pengsan, pitam rasanya. Sy faham itu strategi perniagaan taska tp kesan perbuatan mereka ibarat mencantas rezeki pengusaha taska yg jujur & ingin mengamalkan kualiti.
Tu la pasal taska sukar mendapat kelulusan JKM. Maka itu lah juga banyak taska tumbuh tanpa sebarang kelulusan & tak bimbang sbb pihak berwajib pun tak tutup2 taska mereka. Di kawasan sy ada yg dah beroperasi 10 tahun pun masih tak punya lesen MDKS.
Pesan kawan sy lg pastikan harga yuran lebih rendah dpd taska lain jk nak ramai kanak2. Jd ibu bapa jgn minta lebih2 & salahkan pengusaha taska kerana kuantiti lebih utama berbanding kualiti & dpt menyelamatkan kewangan taska.
Posted by CANTIK MANIS at 10:32 PG 0 comments
Isnin, Disember 20, 2010
RAGUT DEKAT TASKA
Ahad 19, petang sy menyaksikan kejadian ragut. 2 gadis yg jalan lemah lembut sambil berbual2 leka & membawa bungkusan makanan. Tak ambil kisah sgt sbb sedang menanam pokok kari & cili api tepi pagar belakang taska.
Kemudian lalu 2 mat rider bawa motor warna hijau terang/muda tanpa memakai helmet. Mungkin RXZ. Sy ingat mereka penduduk Saujana Utama sbb kebiasaannya penunggang motorsikal di kawasan perumahan ni jarang mematuhi undang2. Malah ramai ibu bapa spt menggalakkan anak2 remaja mrk memandu motor & pastinya mrk tiada lesen memandu.
Tiba2 je dengar 2 gadis tadi terpekik menjerit...tolong2... Ya lah nak kejar tak terdaya. 2 pemuda tadi tersenyum tanpa memecut motor laju2 mrk melambai tangan & berkata Bye2 kpd 2 gadis tadi...tanda gembira dah dpt habuan... Nasib baik handphone gadis tu di genggaman tangan.
Sy pasti peragut tu mengekori gadis2 tu kerana tahu sebaik ragut mrk senang membelok motor ke jalan utama. Gadis tu teresak menangis sambil menelefon... Biasanya ada anggota Rela berbayar meronda di sekitar jalan tu...tp semasa kejadian peronda Rela tu mungkin sdg meronda di jalan lain.
Tu sbb sy selalu pesan diri sdr...jgn bawa cash money guna handbeg. Td pagi sy nampak gadis yg kena ragut tu bawa beg sandang besar pergi kerja..
Posted by CANTIK MANIS at 9:37 PTG 0 comments
Sabtu, Disember 11, 2010
BELAJAR CPR
5 Disember, Attending course pertolongan cemas di Persatuan Taska Negeri Selangor. Syok..sbb penceramahnya En. Chellapan. Hebat beliau walaupun dah berusia 62 tahun. Tak kering gusi dgn gelak tawa dek usikan beliau yg penuh santun.
Jika anak tersadung, tercalar & ada lebam berwarna merah, tuam dgn tuala berais. Api yg marak membakar jgn disiram air nanti bertambah tinggi maraknya. Tutup je dgn kain basah.
Belajar cara mengikat anduh, CPR & kanak2 tercekik. Dah faham camna yg dikatakan nafas terhenti. Reti gak buat CPR & hopefully blh selamatkan nyawa sesiapa jk berlaku kecemasan.
Apabila nafas terhenti 3 organ ini gagal berfungsi, bermula paru2 yg menyedut oxygen, kedua organ jantung mengepam darah/oxygen & ketiga otak.
Lain kali nak ajak hubby join spy faham ilmu CPR.
Posted by CANTIK MANIS at 2:06 PTG 0 comments
OPERASI TASKA
Jangka next year taska boleh operasi. Masih tahap permohonan tukar premis di jabatan perancang. Tp sy lihat ada taska baru muncul berani gantung banner. Jarak antara taska lain cuma beberapa meter je. Camna tu .. Ikut peraturan atau main redah je. Tak mau pertikai apa org lain buat...sbb yg pasti dah byk modal RM mengalir.
Sebelum sy sewa rumah taska, planner kata jarak radius antara 500meter. Sy juga dinasihat oleh pegawai JKM Kuala Selangor untuk memastikan rumah tu benar2 berada pada radius sepatutnya.
Hired planner buat drawing then submitted to MDKS for approval. Pesan beliau jangan buat apa2 pun di luar bahagian rumah. Akur nasihat walaupun risau sbb tinggal 3 minggu je lg ke tahun 2011 sy tutup sementara aktiviti membersihkan taska.
Apa2 pun tawakal je. Terima kasih pd anak2 & suami yg bantu kemas, lap, mop, cuci, potong pokok2, buang rumput, bakar sampah & cat dalaman rumah. Penat fizikal. Anak bongsu pun seronok main air. Mengecat aktiviti yg anak2 paling suka...enjoy. Lepas tu belanja makan KFC.
Doakan kejayaan mama.
Ikut laluan betul memang mencabar. Sbb tu ramai pengusaha taska yg beroperasi tanpa lesen. Tu belum berdepan dgn masalah mengupah tenaga pekerja. Mengimbangi aliran wang tunai positif & negatif paling memeritkan sbb profit tak byk sgt kecuali usahawan taska buka byk cawangan ataupun ada tadika, sekolah agama & pusat jagaan termasuk transport. Baru betul2 success.
Posted by CANTIK MANIS at 1:51 PTG 0 comments
Rabu, September 22, 2010
Anggora Comel
Sebelum ni adik beradiknya mati ...mati kepanasan ... mati jatuh dr sangkar
Posted by CANTIK MANIS at 9:37 PTG 0 comments
Sabtu, Ogos 28, 2010
LUKISAN UNTUK TASKA MAMA
Dlm bln puasa ni jenuh gak sy tinjau2 kediaman corner lot kat Saujana Utama & Pristana mencari lokasi yg sesuai. Pernah gak sy ke Bandar Bukit Raja..telefon agent tgk lokasi. Ronda2 ditemani anak ..jumpa beberapa rumah tp ada yg tak sesuai dan ada juga yg tiada no telefon atau tanda to let/sale. Pernah tanya pemaju tp mrk tak membantu..bila suarakan pd kontraktor cina, Wilson Chia yg baik dgn suami..katanya "Ooh tu rumah org kaya..mrk tak biar kosong".
Sayangnya biarkan kosong..tumbuh lalang & semak samun.. Ya lah org byk duit ..tak kisah beli aset then tinggal gitu je tak buat apa2. Alangkah bagusnya jk disewa kpd yg memerlukan mcm sy yg terdesak cari corner nak buka premis taska.
Ada rumah yg betul2 minat agent pulak buat hal...terbantut hasrat nak buka tadika dgn partner... Tak tau la bila boleh terlaksana impian jd pengusaha...
Posted by CANTIK MANIS at 5:03 PTG 0 comments
Ahad, Ogos 15, 2010
POLIS KENA TIPU
Insiden ni berlaku semasa sy & suami sdg ronda2 cari corner lot di Saujana Utama 3... Kawasan ni perumahan baru yg masih kurang penghuninya. Ketika berhenti di sebuah rumah ternampak lah 2 pegawai polis berpakaian biasa sedang memarahi 2 lelaki India.. Suami sy kenal mereka....polis muda. Salah seorang polis tu senyum pd suami. Seorang lelaki India ni memegang pagar besi belakang rumah..pencuri la tu.
Polis ni minta mereka ke balai...namun kedua pencuri ni berdegil enggan ikut..sebaliknya minta dilepaskan.. Bila sj diarahkan mereka naiki motor mereka pun terus memecut...cabut...
Yg lawaknya polis terpaksa mengejar mereka dgn motosikal masing-masing, waktu tu tengahari terik...Puasa lak... Pencuri tu sengaja mencampakkan pagar tadi hampir2 terkena motosikal polis. Entah dpt tangkap atau tidak sy tak pasti.
Suami kata sepatutnya ambil IC atau lesen mereka dulu ...ya lah polis muda ...pencuri India tu kan dah biasa menipu...Tu la pasal agaknya ada sj polis muda cedera atau mati dibunuh penjenayah sbb mereka professional selok belok menipu...mencuri...membunuh... Niat suci berkhidmat utk masyarakat tp tertipu jua..
Posted by CANTIK MANIS at 9:25 PTG 0 comments
Isnin, Ogos 09, 2010
HASIL KEBUN
.
Posted by CANTIK MANIS at 9:08 PTG 0 comments
Khamis, Ogos 05, 2010
SERUNDING ARNAB
Bagi mereka yg tak lalu nak telan arnab..boleh cuba masakan serunding arnab atau bbq macam sate. Sedap..percaya la mesti boleh makan. Cuba la.
Posted by CANTIK MANIS at 1:44 PTG 0 comments
Jumaat, Julai 23, 2010
ANAK TERKUNCI DI PETRONAS
Semalam 1810 sewaktu isi minyak kereta di stesen petronas kat rumah berlaku insiden kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta proton Gen2 putih. Sy agak umur kanak-kanak tu 2 tahun lebih. Pam kami bersebelahan.
Enjin kereta masih hidup. Bapa dia dok ketuk2 cermin bg isyarat suruh anaknya buka tingkap ...unlock pintu. Cermin tinted.. Sy kira anaknya tak dgr. Nasib baik tak nangis. Kemudian lelaki tu ke kaunter bawa pembaris besi nak cangkuk tepi pintu...dah mcm McGyver lak.
Sepatutnya patuhi arahan stesen minyak...matikan enjin kereta. Ingatan buat diri usah tinggalkan anak keseorangan dlm kereta. Bahaya... banyak kemungkinan.
Posted by CANTIK MANIS at 9:03 PG 0 comments
Selasa, Julai 20, 2010
ARNAB TAK KE PASAR TANI
Sedang tolong Persatuan Taska Negeri Selangor buat jemputan media sempena konvensyen ke-2 yg bakal diadakan di SUK, Shah Alam pd 24 July. Malangnya sambutan utk publisiti media kurang memberangsangkan. TV station langsung takde respond. Maybe media gerun dgn Selangor. Nak minta Eera dtg bg hadiah...apparence je RM7K .. Terus presiden kata tak payah...mana ada duit persatuan kan NGO.
Cerita lak pasal kecurian di kawasan perumahan...baru-baru ni Jalan Cemara 7 khabarnya dimasuki perompak siang hari. Dah kerap sgt kawasan Saujana Utama ni berlaku rompakan...buah nangka yg ditanam depan rumah pun kena kebas dgn sarung sekali... Padahal belum masak pun... Alahai Pencuri...
Posted by CANTIK MANIS at 10:18 PTG 0 comments





